Categories: Trending

Video Viral Lelaki Bakar Diri Sendiri Disahkan Meninggal Dunia

Video viral yang melibatkan seorang lelaki India disyaki membakar dirinya sendiri selepas bergaduh dengan teman wanitanya pada minggu lalu kembali menjadi isu. 

Dalam kejadian di Kampung Bintang, Manjung, Perak. Lelaki yang dipercayai berumur 20 an itu bertindak membakar diri setelah bergaduh dengan teman wanitanya. 

Situasi tersebut dirakam oleh sebuah kamera CCTV, kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah tempat meletak kenderaan berhampiran sebuah rumah.

Lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia  setelah mengalami kesan terbakar dan luka melecur sebanyak 90 peratus selepas dihantar untuk menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Seri Manjung pada jam 6.20 malam.

Ketua Polis kawasan Manjung, Penolong Pesuruhjaya P Muhammad Hanif Othman mengesahkan kematiannya dalam suatu kenyataan pada Hari Khamis. 

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri. Lelaki berkenaan turut menerima pelbagai keceman daripada netizen yang rata-ratanya mengkritik tindakan di luar akal fikirannya.

Dalam rakaman tersebut, lelaki terbabit dilihat melumuri dirinya dengan minyak petrol sebelum mengeluarkan pemetik api dan membakar dirinya. 

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”