Categories: TECHTech News

Ciri Penting APP YouTube Di Nintendo Switch Yang Anda Kena Tahu

Nintendo Switch adalah konsol permainan yang menggabungkan mobiliti dengan pengalaman gaming ruang tamu. Tapi, sayangnya, ia tiada fungsi multimedia seperti kebanyakkan konsol masa ini. Mana taknya, setakat hari ini, anda masih tak boleh menikmati video ataupun muzik yang dimuat naik ke dalam konsol. Mujurlah kini ada APP YouTube rasmi yang membolehkan anda melakukan perkara selain bermain game padanya.

 

 

Tapi tahukah anda yang APP YouTube pada Switch sama lengkap seperti yang boleh ditemui pada TV pintar ataupun Android TV? Saya akan ajarkan anda cara untuk cast kandungan YouTube daripada telefon, terus kepada Nintendo Switch tanpa perlu menggunakan alat kawalan.

 

 

APP YouTube boleh dimuat turun secara percuma di Nintedo eShop. Selesai memasang aplikasi tersebut, anda boleh terus melancarkannya dan menonton video. Tapi kandungan video yang dicadangkan pasitnya tak kena dengan cita rasa anda kerana anda masih belum melog masuk ke akun Google anda.

 

 

Untuk berbuat demikian, anda boleh ke bahagian Setting dan pilih tetapan Link with TV code. Anda akan dapati ada sebaris kod unik 12 digit akan terpapar. Biarkan Switch anda buat seketika dan ambil telefon.

 

 

Di telefon, lancarkan APP Youtube, pergi ke Settings, tekan pada Watch on TV dan masukkan kod 12 digit yang terpapar pada Switch sebelum ini.

 

 

Selesai menambat telefon pada APP YouTube di Switch dan anda boleh mula cast-kan video YouTube di Switch.Secara sekelip mata, Nintendo Switch anda menjadi pusat menonton YouTube dan ia amat berguna dalam keadaan Nintendo Switch anda tersemat pada dock-nya.

 

 

Sumber: SoyaCincau.com.my

Rosli Ab Rahman