Categories: Trending

Virus Covid-19 Dijangka Berakhir Pada 2022

Menurut Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Hans Kluge percaya pandemik Covid-19 akan berakhir pada awal 2022.

Berita itu dilaporkan oleh Agensi Berita Anadolu, apabila melihatkan wabak ini masih merebak pada 2021, namun ia akan lebih terkawal berbanding pada  tahun 2020.

Kluge berkata, terdapat lebih banyak maklumat mengenai virus ini jika dibandingkan pada tahun lepas iaitu ketika peringkat awal penularan.

“Virus ini akan terus wujud, tapi saya berpendapat ia tidak lagi memerlukan sekatan. Ini adalah mesej yang optimis,” katanya.

Menurutnya, WHO memantau rapat keberkesanan vaksin Covid-19 yang dibangunkan untuk melawan jenis virus yang merebak dengan cepat. Malah, jika perlu vaksin dapat diubah berdasarkan mutasi baharu dan tidak perlu membangunkannya dari mula.

Jelasnya lagi, mutasi tidak akan menjadikan virus itu tidak terkawal namun ia akan memberi lebih tekanan kepada negara-negara yang sistem penjagaan kesihatannya sudah di tahap sukar.

Dan, masalah terbesar akan muncul apabila mereka yang sudah divaksin berada di kelompok sama dengan golongan yang tidak divaksin, kerana itu faktor penjadualan memainkan peranan yang sangat penting.

 

 

 

Sumber: Bernama

Salma Syahbuddin