Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 11, 2020 @ 11:38am

Virus Kluster PUI Sivagangga Adalah Jenis D614G, Bakal Diketahui Minggu Hadapan – KKM

Kalau sebelum ini ramai yang risau apabila kluster Sivagangga merebak terlalu cepat sehingga menyebabkan timbulnya kluster baru di negeri Perlis.

Namun begitu, hasil kajian bagi menentukan sama ada virus daripada pesakit kluster Sivagangga adalah jenis mutasi D614G yang berisiko meningkatkan kebolehjangkitan Covid-19.

Keputusan bakal diketahui dalam masa 1 minggu

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Institut Kajian Perubatan sedang mengkaji dan kini telah mengasingkan virus Covid-19 daripada kluster Sivagangga.

” Seminggu lagi boleh dilihat ‘genomic sequence’ sama ada ia adalah mutasi atau tidak. Setakat ini, Kementerian Kesihatan hanya bimbang berlaku mutasi” Katanya.

Boleh berjangkit 10 kali ganda

Tambahnya lagi, kawalan sempadan juga perlu ditingkatkan kerana virus mutasi D614G turut dilaporkan di Eropah dan negara lain.

Malah, mutasi jenis ini juga dilaporkan boleh meningkatkan kebolehjangkitan Covid-19 lebih 10 kali ganda dikalangan mereka yang tidak mematuhi SOP.

Jangkitan masih berjaya dikawal

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham turut memaklumkan jangkitan Kluster PUI Sivagangga di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang berjaya dikawal melalui pengesanan kes aktif serta Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO).

Dan sehingga kini, penularan kluster itu belum dikesan di negeri lain dan ianya dapat dikawal sepenuhnya dalam masa seminggu sahaja lagi.

ARTIKEL BERKAITAN : Virus Kluster Sivagangga Dikhuatiri Jenis Super Spreader, 10 Kali Ganda Lebih Pantas Dari Virus Asal

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 4 Sep 2022
Featured Sat, 21 Jan 2023
Cahaya Mata Wed, 7 Dec 2022

Ziarah Ayah Kepada Mangsa Dibaham Buaya, Ebit Lew Bergegas Dari Jakarta Ke Sabah

Pendakwah bebas Ebit Lew mengambil kesempatan untuk menziarahi bapa kepada mangsa yang meninggal dunia akibat dibaham buaya di Lahad Datu, Sabah.   View this post on Instagram   A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) […]

Trending Wed, 14 Jul 2021

Media Prima Omnia Perkenal Pakej #KitaMalaysia, Tawar Nilai Media Sehingga RM1 Juta Untuk Usahawan SME

Pandemik Covid-19 yang melanda hampir dua tahun bukan sahaja membahayakan kesihatan, malah ia memberikan impak terhadap pelbagai industri di serata dunia. Industri perniagaan turut terjejas, malah ia memberikan kesan buruk terhadap perusahaan kecil dan sederhana […]

Trending Mon, 10 May 2021

Tiz Zaqyah & Nora Danish Positif COVID-19

Sejak akhir-akhir ini, trend peningkatan COVID 19 semakin membimbangkan terutama apabila munculnya varian berbahaya iatu varian dari Afrika Selatan dan India. Terbaru, pelakon jelita Tiz Zaqyah dan Nora Danish telah disahkan positif COVID-19. Menerusi akaun […]

Trending Wed, 29 Apr 2020
error: Content is protected !!