Categories: Trending

Vokal Mania: Bakal Nyanyikan Lagu Ku Bersuara, Peminat Tak Sabar Nak Tunggu Danial Chuer Cabar Idol Malam Ini!

Penyanyi muda, Danial Chuer, 19, yang merupakan salah seorang rookie untuk program Vokal Mania pada malam ini dijangka bakal memberikan saingan hebat.

Sebelum ini, Danial bukanlah satu nama asing dalam industry hiburan kerana dia pernah merangkul gelaran juara bagi program Idola Kecil 6 pada 2013 dan Idola Kecil Ultra pada tahun 2014.

Menerusi kemas kini laman Instagram Danial, pemuda itu mendedahkan dia bakal membawakan lagu Ku Bersuara dendangan asal Ernie Zakri.

Danial memuat naik video kata-kata semangat dari Ernie dan berharap agar persembahannya pada malam ini dipermudahkan.

“Thank you @syamel_official @officialsyafiq92 @hasrulvirgo_hamzah for the video and making this happened!

“Thank you juga kak @erniezakri atas ucapan dan dorongan yang diberikan! Insya-Allah, doakan saya dapat deliver lagu Ku Bersuara malam ini di pentas #VokalMania dengan baik. Amin.

“Jangan lupa untuk terus undi saya di www.xtra.com.my/vokalmania untuk Rookie Star Award minggu ni. Vokal Mania, Tonight, 9 PM,” tulis Danial.

DI ruangan komen, rata-rata peminat tidak sabar mahu menantikan Danial menentang idol-idol lain di Vokal Mania.

Peminat turut mendoakan agar persembahan Danial berlangsung dengan lancer.

Untuk minggu ini, Danial bakal berentap bersama rookie lain iaitu Fatin Afeefa, Aedy Kama dan Nisha Haque.

Jadi, jangan lupa undi peserta kegemaran korang di www.xtra.com.my/vokalmania dan saksikan Vokal Mania malam ini, jam 9 malam, di TV3!

Vokal Mania ini juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3 Malaysia dan tonton.com.my ATAU menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my/livetv dan layari www.xtra.com.my dan laman media sosial TV3 Malaysia untuk info lanjut.

Rancakkan perbualan di media sosial dengan menggunakan tanda pagar #vokalmania.

Padin