Categories: Trending

Vokal Mania: “Gementar, Tapi Saya Nak Cabar Diri…” – Afieq Shazwan

Penyanyi Afieq Shazwan mengakui penyertaannya dalam program Vokal Mania sebagai rookie adalah untuk menimba pengalaman baru.

Malam ini, Afieq bakal tampil sebagai salah seorang rookie bersama Zareef Sein, Yuveena dan Hariz Danial untuk menentang empat idol, Aina Abdul, Indah Ruhaila, Lan Solo dan Tomok.

Jelas Afieq atau nama sebenarnya, Muhammad Shafieq Shazwan Zamros, 23, dia tidak melihat penglibatannya dalam program realiti nyanyian seawal usia 11 tahun sebagai satu kelebihan.

“Semuanya ada cabaran tersendiri. Saya memang pernah memasuki beberapa program realiti nyanyian semenjak kanak-kanak tetapi semuanya memberikan input berbeza.

“Penyertaan sebelum ini bukanlah satu kelebihan kerana semua perkara boleh terjadi. Setiap hari saya menimba ilmu baru dan saya gunakan untuk memperbaiki diri,” katanya.

Tambah Afieq, dia mengakui rasa gementar itu wujud kerana Vokal Mania memberikan satu anjakan yang berbeza.

“Saya akui saya rasa gementar, lebih-lebih lagi di Vokal Mania, rookie harus bertarung dengan idol. Tetapi saya sendiri mahu mencabar diri dalam memberikan yang terbaik.

“Sebagai seorang anak seni, ruang untuk belajar sentiasa ada dan saya mahu gunakan kesempatan itu untuk kebaikan saya di masa akan datang,” katanya ketika dihubungi Xtra.

Dalam perkembangan lain, Afieq baru sahaja melancarkan single terbarunya, Gerak Lu semalam.

Gerak Lu merupakan lagu hasil ciptaan DJ Fuzz, Aziquebeats dan Faezal. Ia juga merupakan single kedua Afieq bergandingan bersama rapper Malik Abdullah setelah  single Lelaki Di Telefon.

Jangan lupa undi rookie kegemaran anda di www.xtra.com.my/vokalmania dan saksikan Vokal Mania setiap Sabtu, pukul 9 malam, di TV3!

Vokal Mania ini juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3 Malaysia dan tonton.com.my ATAU menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my/livetv dan layari www.xtra.com.my dan laman media sosial TV3 Malaysia untuk info lanjut.

Rancakkan perbualan di media sosial dengan menggunakan tanda pagar #vokalmania.

Padin