Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin October 29, 2020 @ 10:00am

Vokal Mania: Tewaskan Aina Abdul, Alif Kadim Makan Hati Dengan Komen Misha Omar?

Rookie yang berjaya menewaskan Aina Abdul di episod pertama Vokal Mania, Alif Kadim menerima komen yang diberikan oleh juri profesional dengan hati terbuka.

Dikatakan terlalu comfortable dengan persembahannya pada malam itu, Alif sedikitpun tidak terasa hati dengan komen yang diberikan oleh Misha Omar.  

Pandangan penyanyi senior berbakat!

Menyanyikan lagu Jampi di pusingan solo dan Takkan Terlerai di pusingan battle, Alif menyifatkan itu adalah pandangan seorang penyanyi yang lebih berpengalaman dalam industri seni.

“Saya tidak ambil hati pun dengan apa yang kak Misha cakap, saya terima dengan hati yang terbuka.

“Tapi bagi saya pula, saya sangat takut sebenarnya memandangkan penyanyi asal, Hael Husaini ada pada malam tu.

“Sejujurnya, saya takut orang akan bandingkan saya dengan penyanyi asal dan untuk pengetahuan semua, pada malam tu, saya tak comfortable sebenarnya,” kata Alif.

Menjadikan Misha Omar, Afgan dan Michael Buble sebagai idola, Alif bagaimanapun menyimpan impian dan meletakkan harapan yang tinggi untuk mencipta nama dalam Vokal Mania selepas 10 tahun terlibat dalam industri.

Jadi, bagi penonton di rumah yang sukakan Alif atau rookie yang lain, jangan lupa undi di www.xtra.com.my/vokalmania dan jangan lupa saksikan Vokal Mania, pada setiap Sabtu, 9 malam hanya di TV3! 

Vokal Mania juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3 Malaysia dan tonton.com.my ATAU menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my/livetv dan layari www.xtra.com.my dan laman media sosial TV3 Malaysia untuk info lanjut. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 28 May 2018

Florida ‘Diserang’ Alberto, Ribuan Siapsiaga Pindah

Pihak berkuasa daerah Franklin di Florida Panhandle sudah mengeluarkan arahan berpindah mandatori kepada semua penduduk di 4,200 unit kediaman, manakala daerah Taylor di timur, menawarkan arahan berpindah sukarela kepada penduduk di kawasan pantai.

Trending Thu, 9 May 2024
Trending Sun, 24 Apr 2022

Laporan PAC Mengenai Perolehan MySejahtera Dibentang Julai Ini

Perolehan Mysejahtera dibentang Julai ini

Hiburan Mon, 8 Dec 2025
Hiburan Thu, 5 Mar 2026
Featured Mon, 3 Jan 2022

Tular Video Lelaki Buat Tarian Pelik Dalam Bas, Netizen Minta Jangan Jadikan Bahan Gurauan

Baru-baru ini, tular sebuah video mengenai seorang lelaki yang membuat tarian pelik di dalam sebuah bas ekspres di perhentian R&R Simpang Pulai, Perak. Video yang dimuat naik di laman Facebook Penang Kini itu dirakamkan oleh […]

Trending Wed, 18 Aug 2021
error: Content is protected !!