Trending By: Padin April 26, 2022 @ 4:34pm

Wajib Tonton! Filem Pendek ‘Sedetik Cahaya’ Meruntun Jiwa, Angkat Kisah Realiti Penghidap Demensia & Alzheimer

Demensia dan Alzheimer yang juga dikenali sebagai nyanyuk biasanya berlaku dalam kalangan warga emas serta tidak dapat dielakkan.

Namun tahap kesedaran yang rendah dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai penyakit ini menyebabkan banyak stigma dan salah tanggapan kerap berlaku terhadap pesakit Alzheimer.

Itu antara intipati filem pendek bertajuk ‘Sedetik Cahaya’ berkisar tentang kisah realiti dihadapi individu yang mengalami demensia.

Filem pendek arahan Zulkarnain Azhar ini diilhamkan daripada kisah benar rakan baiknya yang menjaga bapanya, seorang pesakit Alzheimer.

Kebiasaannya, tidak semua anggota keluarga yang mampu dan sanggup menjaga orang tua yang mengalami demensia atau penyakit Alzheimer.

Ini kerana, individu mengalami Demensia bukan sahaja menjadi pelupa malah boleh menjadi agresif secara lisan dan bertindak kasar secara fizikal terhadap orang lain di sekeliling mereka.

Demensia atau Alzheimer, mungkin bukan penyakit yang sering diketengahkan, namun ia adalah perkara biasa yang berlaku dalam masyarakat kita.

Berdasarkan Laporan Yayasan Penyakit Alzheimer Malaysia, terdapat lebih 261,000 penghidap demensia di Malaysia tahun lalu.

Fahami perjuangan penghidap Alzheimer, dan jangan lupakan mereka yang tidak mampu ingat lagi. Marilah kita wujudkan masyarakat yang lebih bertimbang rasa dan memahami.

Xiaomi berharap filem pendek Hari Raya menyayat hati ini dapat meningkatkan kesedaran tentang penyakit Alzheimer serta bagaimana teknologi boleh membantu meningkatkan kehidupan sesiapa sahaja.

Tonton video penuh Xiaomi pada 25 April 2022, jam 8 malam di Facebook Xiaomi Malaysia. Tetamu kejutan dalam video turut menanti anda!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Xiaomi

Maklumat lanjut tentang penyakit Alzheimers, layari Alzheimers Disease Foundation Malaysia atau laman sosial Facebook

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 23 Oct 2020

Masjid, Surau Di Zon Merah Di Pulau Pinang Masih Dibuka

Walaupun beberapa kawasan di Pulau Pinang, diisytiharkan zon merah, namun kerajaan negeri belum memutuskan untuk menutup masjid dan surau di kawasan yang berada dalam zon merah Covid-19 di negeri itu. Aktiviti keagamaan di masjid dan

Featured Tue, 8 Feb 2022
Trending Sat, 13 Apr 2019

Baru Berusia 12 Tahun, Remaja Pintar Sekolah King’s Edward Terbit Buku Sendiri

Baru berusia 12 tahun dah ada buku sendiri! Tahniah Omar Mukhtar!

Trending Fri, 22 Nov 2019

40KG Ketam ‘King Crab’ Dari Korea Selatan Dirampas Di KLIA

Ia dirampas kerana tiada sebarang dokumen yang sah

Featured Sun, 21 Feb 2021

Kerajaan Cadang Keluarkan Pasport Vaksin Untuk Penerima Vaksin

Setelah hampir dua tahun memerangi COVID-19, Vaksin Pfizer BioNtech akhirnya tiba di Malaysia pada hari ini. Justeru, kerajaan bercadang untuk mengeluarkan pasport vaksin kepada individu yang sudah menerima vaksin COVID-19. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr

Trending Tue, 22 May 2018

10张人类灭绝后的照片「没有人类地球会更好」

和所有物种一样,人类也会遭遇灭绝危机,比如地球人口过剩,资源缺乏。在许多电影如《2012》、《后天》都揭示了地球未来可能遭遇的灭绝危机,那么当人类灭绝后地球会怎么样?

Featured Thu, 23 Sep 2021

BKC Fasa 2: Semakan Status, Tarikh Rasmi, Jumlah Bayaran & Senarai Bantuan Khas Kerajaan Yang Layak Diterima

Umum maklum Bantuan Khas Covid-19 fasa pertama telah dikreditkan pada 6 Semptember lalu. Namun begitu, masih terdapat segelintir yang gagal permohonan dalam BKC Fasa 1. Justeru, ramai yang berasa lega apabila kerajaan mengumumkan akan melanjutkan

| Live TV