Categories: Trending

#WakeUpForGaza Terperangkap Di Sempadan Rafah, Heliza Helmi Tak Tahu Bila Akan Pulang!

Aktivis yang cukup sinonim dengan bantuan kemanusia ke negara bergolak,  Heliza Helmi baru-baru ini memuat naik statusnya menerusi akaun instagram miliknya yang bertulis, ‘Delegasi Malaysia Terkandas!’ nyata membuatkan ramai netizen mahupun pengikut beliau tidak putus-putus mendoakan agar segala urusan pasukan bantuan kemanusian ini dipermudahkan.

Pasukan Misi Bantuan kemanusian yang terdiri daripada Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Zulfadhli  Khairuddin, Suami kepada pelakon Yatt Hamzah dan anggota Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telahpun berada di bumi bergolak itu sejak 8 Julai yang lalu. Dan, mereka dijadualkan pulang ke tanah air pada hari ini. 

Menurut Heliza, perjalanan untuk tembusi Gaza sahaja mengambil masa lebih 16 jam dan mereka perlu menembusi setiap check point tanpa kemudahan seperti tandas ataupun tempat makan dan minum. Dan,betapa besarnya cabaran lagi apabila dalam masa enam belas jam itu beliau langsung tidak pergi ke tandas.

Malah, keadaan cuaca yang panas sehingga mencecah 50 darjah celcius menambahkan lagi kesukaran apabila terpaksa berhimpit dan menunaikan solat di atas lantai yang dipenuhi sampah.

“Kami tak tahu bila kami akan pulang, kepada semua saya mohon maaf salah silap kepada semua” Tulisnya yang nyata mengundang sebak followers beliau.
Terbaru, Heliza telah memuat naik menerusi IG Story beliau dengan mengatakan delegasi Malaysia satu-persatu telah jatuh sakit.
                     
Apapun, sebagai rakyat Malaysia marilah kita sama-sama mendoakan agar saudara, saudari kita selamat pulang ke tanah air.
Salma Syahbuddin