Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin November 14, 2020 @ 1:10pm

Wany Persis Puteri Islam, Sissy Disamakan Dengan Cadar Katil, Haqiem Paling Muda: Jom Baca Corat Coret Menarik ABPBH 33!

Tampil dengan norma baharu, Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-33 (ABPBH 33) telah pun melabuhkan tirainya malam tadi.

Tidak terlambat rasanya Xtra ucapkan syabas dan tahniah buat semua pemenang, terutamanya kepada penyanyi Haqiem Rusli kerana merangkul gelaran Bintang Paling Popular 2020.

Berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, anugerah kali ini membariskan 13 kategori utama, satu kategori khas dan lima kategori yang dipertandingkan.

Dengan tema #ABPBHKITA2020, jom kita throwback semula momen yang berlaku sepanjang ABPBH Ke- 33. Let’s check this out!

1. DOLLA vs Blackpink

Menerima jolokan Blackpink Malaysia, DOLLA tampil menggamatkan suasana malam #ABPBH33 menerusi lagu popular Blackpink, Lovesick Girl. Bagaimanapun, rata-rata peminat kumpulan itu hampa kerana DOLLA tidak menyanyikan lagu mereka sendiri. Ha, agaknya kenapa ek?

2. Performance 4 Dara paling ditunggu-tunggu

Nampaknya gabungan Faizal Tahir, Elly Mazlein dan Zizi Kirana menerusi persembahan lagu 4 Dara antara yang paling ditunggu-tunggu peminat. Mana taknya, dari suka-suka sehinggalah menjadi challenge dan troll dikalangan artis dan netizen, tidak hairanlah jika lagu ini menjadi trending nombor satu di Youtube.

Malah, kalau dilihat di media sosial, masih ramai netizen yang tidak boleh ‘move on’ dengan persembahan 4 Dara 2020 pada malam ABPBH 33.

3. ” Pergi anugerah pakai baju koko puteri islam, nasib baik cantik!”

Penampilan sweet dengan busana berona lembut serta stail tudung yang menutup dada dari Wany Hasrita nampaknya berjaya mencuri perhatian netizen. Siap ada yang samakan dengan baju kokurikulum zaman sekolah, kek, malah pelembut pakaian pun ada. Kreatif!

4. Baju Aina disamakan dengan Ais Krim

Selain Wany Hasrita, Aina Abdul antara artis yang terkena tempias idea kreatif netizen. Busana yang dipakai oleh Aina disamakan dengan ais krim lagi!

Muat naik ini juga telah mendapat lebih 8,000 tanda suka menerusi akaun Instagram @ainaabdul dan rata-rata peminat memberi komen positif dan mendoakan semoga penyanyi berbakat besar ini menjadi duta jenama tersebut suatu hari nanti.

5. Who wore it better? Sissy Iman pun kena juga!

Opss! Sissy Imann juga tidak terlepas menjadi ‘mangsa’ troll apabila baju dan solekan yang digayakan ketika karpet merah dan backstage #ABPBHKITA2020 disamakan dengan fesyen Rihanna, cadar katil dan aktres Hollywood, Helena Bonham Carter dalam filem popular Sweeney Todd: The Demon Barber of Fleet Street. Wow!

6. Pentas pun jadi mangsa

Bukan sahaja persembahan, artis, baju dan make-up malah, pentas juga berjaya mencuri perhatian netizen apabila ada yang menyamakan pentas #ABPBHKITA2020 seakan-akan gelanggang gusti. Bagaimanapun, kecaman ini bukanlah sesuatu yang teruk kerana netizen kagum dengan pentas yang dianggap sangat luar biasa walaupun dalam keadaan norma baharu dan kehadiran penonton secara virtual.

7. Persembahan goosebump dari Hafiz Suip & Ernie Zakri

Gandingan Hafiz Suip dan Ernie Zakri menerusi lagu Aku Hanya Pendatang, Sekadar Di Pinggiran dan Kehebatan Cinta ini sebagai tribute kepada Francissca Peter yang meraih Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat memang mantap. Kehebatan vokal kedua-dua penyanyi ini ternyata menjadi antara yang akan diingati. Goosebump!

Kepada yang terlepas persembahan Hafiz Suip dan Ernie Zakri boleh tonton video di bawah:

8. Zul Ariffin sendawa atas stage?

Penampilan Zul Ariffin sebagai penyampai trofi pada malam anugerah ABPBH 33 bukanlah sesuatu yang baharu. Namun, pelakon tersebut dikatakan sendawa tanpa sengaja ketika Siti Nordiana sedang berucap. Ye ke?

Namun, sejauh manakah kebenaran ini, korang boleh dengar semula video pada minit 1:12:27 di bawah:

9. Haqiem Rusli artis lelaki termuda terima trofi Bintang Paling Popular

Benarlah bagai dikata, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Dengan kutipan undian sebanyak  lebih 22 juta, Haqiem Rusli yang kini berusia 22 tahun merupakan artis lelaki termuda menerima anugerah berkenaan. Kemenangan beliau pada #ABPBHKITA2020 kali ini juga mendapat sokongan yang padu dari peminat beliau.

Untuk artis wanita pula, Datuk Seri Siti Nurhaliza pernah meraih gelaran terbabit pada tahun 1996 di usia 17 tahun.

10. “Tak puas hati Hun Haqeem kalah dengan Chubb-E…”

Meraih trofi Artis Baharu Lelaki Popular, #ABPBH33 Chubb-E atau nama sebenarnya, Muhammad Shahrul Ashlyn Awang Ashrul Affandy mencipta kejutan dengan menewaskan calon favourite seperti Hun Haqeem, Zynakal dan Yonnyboii dalam kategori terbabit.

Pernah tampil dengan single Aku Tak Kisah pada 2018, Chubb-E mula mengembangkan bakatnya menerusi program realiti di stesen TV berbayar sebelum ini.

Apapun, Xtra ucapkan tahniah buat semua pemenang! #KitaJagaKita.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 9 Aug 2023

Kongsi Video Di Butik, Aedy Ashraf Didakwa Tempah Baju Kahwin? Netizen Luah Rasa Teruja! – “Ukur Lilit Session”

Awhhh, Aedy tempah baju kahwin ke tuuu? 👀 Tak sabarnya min nak tengok Aedy, Amelia naik pelamin! Hiks 🤍😜

Hiburan Mon, 22 Jan 2024
Trending Mon, 9 Nov 2020

Kes Covid-19 Di Seluruh Dunia Kini Melebihi 50 Juta

Semoga dunia mampu pulih semula..

Trending Tue, 14 Dec 2021

Kehangatan Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS 2021) Semakin Terasa!

Peminat-peminat tegar drama tempatan pastinya berdebar-debar untuk menyaksikan drama mana yang bakal bergelar Drama Popular dan Drama Terbaik pada tahun ini. Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS 2021) anjuran TV3 ini, julung kali diadakan dan bakal […]

Featured Sat, 27 Dec 2025

Muncul Dalam Promo Teaser Drama, Aprena Manrose Kembali Free Hair?

Pelakon Aprena Manrose menyorot perhatian ramai selepas dilihat kembali ‘free hair’???

Trending Tue, 4 Feb 2020
Featured Sat, 22 Nov 2025

“Sesuai Lagi Tak Umur Saya Ni Ada Baby” – Isteri Aliff Syukri Rancang Tambah Zuriat?

Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida, kembali mencuri perhatian warganet apabila meluahkan persoalan mengenai perancangannya untuk menambah cahaya mata.

Trending Thu, 28 Feb 2019

打工仔留意!研究证实:越认真工作越容易变胖

不少上班族都有发胖的困扰,就算没有暴饮暴食,体重还是直线上升;最近英国一项研究就证实,越认真工作的人,越容易变胖!

Featured Mon, 30 Aug 2021

Saman Fitnah Siti Nordiana: Sam Samin & Aida G Failkan Pembelaan, Akan Lawan Tuntunan Di Mahkamah

Sam Musyadzafar Samin atau Sam Samin dan Razidah Ahmad Senusi atau Aida G. yang merupakan defendan keempat dan kelima disaman oleh Siti Nordiana atas dakwaan memfitnah beliau di laman media sosial Instagram memasuki fasa baharu […]

error: Content is protected !!