Trending By: SGMS Enal January 6, 2019 @ 7:12pm

Yang di-Pertuan Agong Letak Jawatan

SULTAN Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa serta-merta, hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam satu kenyataan hari ini berkata, peletakan jawatan baginda itu dibuat selaras Perkara 32(3) Perlembagaan Persekutuan dan sudah dimaklumkan secara rasmi kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja melalui warkah yang diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raja-Raja.

Katanya, sepanjang menjalankan tugas, baginda sudah berusaha memenuhi tanggungjawab dan amanah selaku Ketua negara dan berperanan sebagai tunggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan dan payung penyatuan dalam kalangan rakyat.

 “Baginda menzahirkan ucapan terima kasih kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja yang memilih baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bermula 13 Disember 2016.

“Baginda menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana menteri dan kerajaan yang memberikan kerjasama dalam mentadbir negara,” katanya.

Wan Ahmad Dahlan berkata, Sultan Muhammad V turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri dan kerajaan yang memberi kerjasama dalam mentadbir negara. Sultan Muhammad V selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera turut berbangga dengan pengorbanan serta taat setia yang dicurahkan kepada baginda dan negara selama ini.

“Kepada rakyat Malaysia, Tuanku bertitah supaya rakyat Malaysia terus bersatu mengekalkan perpaduan, bertolak ansur dan bersepakat dalam memikul tanggungjawab terhadap negara yang berdaulat ini, supaya Malaysia terus berada dalam keadaan aman dan harmoni.

“Tuanku telah bersedia berangkat pulang ke Kelantan Darul Naim untuk bersama-sama dengan kerajaan negeri, dan terutamanya rakyat Kelantan bagi menjaga dan membangunkan negeri itu demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beberapa hari lalu, media sosial kecoh dengan dakwaan kononnya mesyuarat khas Majlis Raja-Raja membincangkan kedudukan baginda.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya mengenai dakwaan itu sebelum ini, berkata ia sekadar khabar angin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 2 Feb 2021

Risau Keselamatan Guru & Pelajar SPM, Achey Edar 10,000 Sanitizer

Pelawak Achey mengakui kagum dengan guru dan pelajar tingkatan lima yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tidak lama lagi kerana semangat kental mereka biarpun berdepan dengan pandemik COVID-19. Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir

Featured Mon, 13 Dec 2021

“Dia Nak Ikut IU Tu Pergi Zaman Goryeo” – Bagai Drama Scarlet Heart Ryeo, Lelaki Terjun Tasik Cermin Ipoh Timbulkan Pelbagai Reaksi Netizen

Tular sebuah video seorang lelaki terjun ke dalam Tasik Cermin di Ipoh, Perak baru-baru ini yang menimbulkan kemarahan dan pertanyaan warganet. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, seorang lelaki berbaju hitam secara tiba-tiba memanjat

Featured Tue, 30 Aug 2022

Tular Foto Nampak L*rah, Netizen Dakwa Eyka Farhana Makin Berani

Uishhh, lain betul penampilan Eyka Farhana ni ek? Orang kata memang berani mati lah sampai dedah…..🤭

Trending Mon, 30 Nov 2020
Featured Mon, 19 Sep 2022

[VIDEO] Daiyan Trisha Bergambar Dengan Chan Young Yoon, Netizen Luah Rasa Cemburu

Bestnya jadi Daiyan ni kan dah ramai selebriti terkenal dapat jumpa! 😍

Featured Mon, 14 Mar 2022

Siti Nurhaliza Ajak Lee Chong Wei Main Badminton, Siap Ada Lagu Spontan!

Nyanyi lagu spontan pun sedap. Syoknya kalau impian TokTi bermain badminton dengan Datuk Lee Chong Wei tercapai! 😍

Hiburan Mon, 3 Apr 2023
Hiburan Mon, 13 Mar 2023

| Live TV

error: Content is protected !!