Categories: Trending

Ziela Jalil Bermadu Kali Kedua

Pelakon dan juga penerbit, Datuk Ziela Jalil mengakui beliau kini sudah berkahwin dan menjadi isteri kedua kepada Datuk Syed Othman Al Habshee.


Menurut Ziela, beliau sudah bernikah pada 17 Februari 2019 dalam sebuah majlis di masjid di ibu negara yang dihadiri kaum kerabat keluarga sahaja. 

“Kami hanya berkenalan lima minggu saja sebelum dia menyatakan hasrat untuk mengahwini saya. Bagi saya, keputusan berkahwin sekali lagi bukan keputusan mudah. Apatah lagi menjadi isteri kedua.” katanya.

Ziela yang kini berusia 51 tahun mengakui perkahwinan tersebut bukanlah sesuatu yang dirancang tetapi ia merupakan takdir Tuhan.

Ziela sebelum ini pernah berkahwin dengan Tan Sri Megat Junid Megat Ayob dan dikurniakan dua anak iaitu Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah.

Tahniah kami ucapkan buat Ziela dan suami, semoga perkahwinan yang didirikan mendapat keberkatan daripada-Nya.

Sumber: Harian Metro

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”