Categories: Trending

Institusi Pendidikan Beroperasi Semula Bermula 20 Januari Ini

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), semua institusi pendidikan di bawah KPM termasuklah institusi pendidikan swasta (IPS) yang berdaftar dengan KPM akan dibuka berdasarkan takwim penggal persekolahan dan institusi pendidikan bagi tahun 2021.

Pembukaan ini juga melibatkan institusi pendidikan di seluruh negara termasuklah di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Bermula 20 Januari ini

Antara sekolah yang dikategorikan dalam negeri Kumpulan A dan bakal memulakan penggal persekolahan pada 20 Januari 2021 ini ialah, sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Manakala, bagi sekolah-sekolah dalam negeri Kumpulan B adalah, semua sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Labuan dan Putrajaya.

Cuti persekolahan bagi tahun 2021

Pihak KPM juga telah menyelaraskan tarikh cuti perayaan bagi sesi persekolahan tahun 2021 seperti berikut ;

Pengoperasian semula semua institusi pendidikan ini adalah tertakluk kepada pematuhan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah serta Institut Pendidikan Guru dan Kolej Matrikulasi Dalam Norma Baharu.

Malah, pihak KPM juga akan bekerjasama dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan aspek kesihatan dan keselamatan warga institusi pendidikan diutamakan.

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Salma Syahbuddin