Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 13, 2022 @ 8:12pm

Trio Husadee Tampil Dengan Album Sulung, Teruja Kerjasama Dengan Julfekar

Trio baharu yang menggelarkan diri mereka Husadee teruja menjalin kerjasama dengan komposer prolifik, Julfekar untuk album pertama mereka yang berjudul Tanpa Alasan.

Dianggotai oleh tiga jejaka kelahiran Sabah bernama Hud, Sam dan Dee, album Tanpa Alasan memuatkan 10 buah lagu.

“Alhamdulillah, kami dapat bekerjasama dengan Julfekar untuk penerbitan album sulung. Julfekar yang datang dengan idea untuk menggabungkan kami sebagai trio, jadi terlahirlah Husadee. Secara peribadi, saya sendiri merupakan peminat karya Julfekar dan isterinya, penyanyi Min Yasmin.

“Apabila dapat peluang ini, saya rasakan bagai mimpi, seperti bulan jatuh ke riba. Saya berharap album Tanpa Alasan menjadi langkah permulaan kerjaya kami dalam industri nyanyian,” kata Hud memulakan bicara.

Tambah Sam, album Tanpa Alasan memuatkan sebuah lagu trio nyanyian mereka dan setiap vokalis menyanyikan tiga buah lagu secara solo.

“Kami bertiga bergabung suara dalam sebuah lagu berjudul Kerana Aku Selalu Rindu. Baki sembilan buah lagu lagi kami nyanyikan secara solo, seorang menyanyikan tiga buah lagu.

“Apa yang istimewanya ialah selain lagu berbahasa Melayu, kami merakamkan lagu bahasa lain. Hud merakamkan lagu berbasaha Bajau, Dee merakamkan lagu berbahasa Suluk dan saya pula merakamkan lagu berbahasa Tagalog,” kata Sam pula.

Husadee berharap kehadiran mereka dalam industri nyanyian dapat memberikan sesuatu yang positif untuk peminat.

“Konsep trio jarang ditampilkan dalam industri muzik Malaysia, jadi kami berharap kehadiran kami dapat memberikan impak positif terhadap penggemar muzik.

“Semoga dengan kehadiran album terbitan Julfekar Music ini dapat memeriahkan lagi industri nyanyian yang dua tahun agak sepi akibat wabak Covid-19, Insya-Allah,” kata Dee pula.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 9 Jul 2025

Konsert ‘Violet Skies’ Sarat Emosi & Kejutan, Tanda Cinta Siti Nurhaliza Buat Peminat

Violet Skies di Arena of Stars Genting penutup konsert solo Siti Nurhaliza tahun ini

Featured Tue, 15 Nov 2022
Hiburan Sat, 3 Aug 2024
Featured Fri, 1 Sep 2023

[VIDEO] Muka Amelia Henderson ‘Meluat’ Temubual Abang Tesla, Netizen Komen: “Ketara Tahan Geram, Tetap Profesional”

Fuhh, ketat betul muka Amelia tahan geram.. Min faham mesti susah nak kawal reaksi muka kan tapi syabas kekal profesional!

Trending Tue, 21 May 2019

Perang Telefon Pintar Huawai Dan Apple, Apa Nasib Syarikat Huawei?

Dipercayai motif di sebalik tindakan itu adalah kerana Amerika Syarikat percaya bahawa telefon pintar Huawei dari negara China dapat mengintip kegiatan yang berlaku di AS.

Trending Fri, 15 Nov 2019
error: Content is protected !!