Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 9, 2025 @ 4:50pm

Konsert ‘Violet Skies’ Sarat Emosi & Kejutan, Tanda Cinta Siti Nurhaliza Buat Peminat

Malam Sabtu lalu, Arena of Stars menjadi saksi kepada satu lagi detik bersejarah dalam karier Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila konsert Violet Skies: Live In Arena of Stars berlangsung penuh magis, sarat emosi dan cukup luar biasa.

Dengan kehadiran lebih 4,600 penonton termasuk peminat dari luar negara seperti China, konsert ini bukan sekadar persembahan, tetapi satu perayaan cinta antara Siti dan penggemarnya.

Daripada pemilihan lagu yang ‘rare’, susunan muzik segar oleh Aubrey Suwito, sehingga ke komunikasi jujur dan menyentuh hati daripada Siti sendiri, konsert ini membawa peminat menyelami sisi lebih peribadi seorang diva negara yang sudah lebih 30 tahun mengukir nama dalam industri.

Antara detik paling mencuri tumpuan malam itu ialah ketika Siti mengumumkan bakal kembali dengan album tradisional terbaharu, yang kini sedang dalam perancangan untuk diterbitkan hujung tahun ini.

“Saya bermula dari bawah… jadi setiap kali buat album saya tetap rasa macam orang baru. Lepas konsert ni, saya akan fokus siapkan album tradisional,” katanya.

Bukan itu sahaja, Siti turut memberi bayangan bakal mengadakan sebuah konsert tradisional berskala besar pada tahun depan.

“Insya-Allah tahun depan saya akan buat konsert tradisional pula. Kali ni kita buat dari awal sampai akhir, memang gah!” katanya.

Lebih manis, Siti turut menzahirkan penghargaan buat insan-insan penting yang menjadi tulang belakang sepanjang kariernya terutama suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, dan peminat setia, Sitizoners.

“Rezeki saya tak pernah putus. Salah satu sebabnya, saya dikelilingi oleh restu dan sokongan berterusan. Suami beri izin pun rezeki juga,” luahnya.

Gandingan Noh & Amad Dayyan Tambah Seri

Antara kejutan menarik dalam konsert ini adalah kehadiran Noh Salleh dan Amad Dayyan, iaitu anak saudaranya sebagai artis undangan.

Noh tidak menyangka akan berdiri sepentas dengan Siti di sebuah lokasi gah seperti Arena of Stars.

“Ini antara pencapaian tertinggi dalam hidup saya. Terima kasih dari lubuk hati saya… ini mimpi jadi nyata,” kata vokalis kumpulan Hujan itu.

Siti dan Noh menggamatkan dewan dengan gandingan dalam lagu-lagu seperti Bengawan Solo, Rahsia Tuhan dan Pagi Yang Gelap menjadikan ia satu kombinasi yang tidak dijangka tetapi cukup menyengat.

Tidak ketinggalan, Amad Dayyan, anak saudara Siti, turut mencuri perhatian dengan vokal memukau menerusi lagu Seribu Kemanisan dan Azimat Cinta.

Repertoir ‘Rare’, Susunan Muzik Baharu & Penuh Jiwa

Apa yang membezakan konsert ini dengan konsert Siti yang lain ialah pemilihan lagu yang jarang dipersembahkan secara langsung hasil daripada permintaan peminat sendiri.

“Saya selalu baca komen-komen peminat minta lagu-lagu tertentu. Jadi malam ni saya tunaikan,” katanya menghargai pengikut setianya.

Sebanyak 19 lagu dipersembahkan termasuk Aku Cinta Padamu, Purnama Merindu, Pendirianku, Sendiri, Beradu Di Khayalan, Usah Diragui, Bardasila, Cinta Tak Berganti, Tak Rela Berpisah Darimu, Bintang Malam, Sesal dan medley rock era 80-an/90-an seperti Tika dan Saat Ini, Di Alam Fana Cinta dan Seribu Tahun Takkan Mungkin.

Keseluruhannya, Violet Skies bukan hanya sebuah konsert biasa tetapi adalah pernyataan cinta, dedikasi dan penghargaan seorang legenda kepada mereka yang tidak pernah berhenti mempercayai dan mencintainya sepanjang 30 tahun dalam industri hiburan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Oct 2025

Ubai MZ Alami Retak Kaki & Buku Lali Terseliuh Gara-Gara Main Bola, Shila Amzah Siap Bagi ‘Warning’

Suami kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah iaitu Ubai MZ memaklumkan telah mengalami kecederaan akibat bermain bola.

Events Tue, 4 Dec 2018
Acara Tue, 9 Jun 2026

Ernie Zakri, Floor 88, Zubir Khan, Salma Asis Bakal Meriahkan Festival Ulang Tahun Ke-20 PJ

Ernie Zakri bakal menjadi antara tarikan utama pada malam kemuncak Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Petaling Jaya Ke-20 yang dijadual berlangsung pada 20 Jun ini di Laman MBPJ, Jalan Yong Shook Lin.

Hiburan Wed, 18 Jun 2025
Hiburan Wed, 3 Apr 2024

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Innalillahwainnailaihirrojiun

Hiburan Thu, 2 Jul 2026

Rekod Anak Dipersoal Tak Setanding MSSM, Rita Rudaini ‘Sekolahkan’ Netizen – “Semua Atlet Bermula Dari Bawah”

Rita meluahkan rasa kurang senang terhadap komen yang mendakwa kejayaan anaknya di peringkat MRSM tidak boleh disamakan dengan kejohanan MSSM

Featured Mon, 21 Feb 2022
Hiburan Sun, 4 Aug 2024

Jay Jay Meninggal Dunia

Al Fatihah 🤲🏻

error: Content is protected !!