Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida July 4, 2018 @ 2:03am

Tuduhan Terhadap Najib Mula Dibaca

Tiga tuduhan pecah amanah jenayah dibacakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau selaku penjawat awam iaitu Menteri Kewangan dan Perdana Menteri yang diamanahkan dengan RM4 bilion milik wang SRC International Sdn Bhd yang mana beliau sebagai penasihat syarikat itu, didakwa melakukan pecah amanah jenayah berjumlah membabitkan RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta.

Terdahulu, Najib masuk ke kandang tertuduh dan tuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

Terdahulu, Peguam Negara Tommy Thomas memohon prosiding dibacakan dalam bahasa Inggeris.

Beliau mengemukakan izin mendakwa mengikut Seksyen 58 Akta SPRM.

Selain itu, satu lagi tuduhan dibacakan terhadap Najib iaitu mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Tuduhan itu ialah menggunakan jawatan untuk suapan bagi dirinya iaitu wang tunai berjumlah RM42 juta ketika mengambil bahagian atau terbabit membuat keputusan bagi kerajaan untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (diperbadankan) kepada SRC International Sdn Bhd.

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin kemudian membenarkan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.- BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 13 Sep 2021
Featured Mon, 10 Jul 2023
Selebriti Tue, 3 Oct 2023
Trending Sat, 6 Apr 2019

MBO联手全马同济会邀3400弱势儿童观赏《小飞象》

MBO院线携手非政府组织同济会邀3400位弱势儿童,一起观赏电影《小飞象》。

Events Fri, 22 Apr 2022
Featured Wed, 15 Mar 2023
Trending Fri, 16 Jul 2021

PEMULIH: Jom Semak Senarai Bantuan Buat Sektor Terjejas Semasa PKP!

Pada 28 Jun 2021, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bantuan terbaharu kepada rakyat Malaysia iaitu Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Anda mesti tak ketinggalan mendengar pembentangan tu kan? Kalau […]

error: Content is protected !!