Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom May 28, 2018 @ 10:00am

Tudung People Aidilfitri 2018 Koleksi Hijab Inspirasi Kisah Hidup Enam Orang Ikon

Melihat setiap satu koleksi Aidilfitri 2018 di bawah jenama Tudung People terutamanya Limited Edition Eden yang bertemakan bunga liar, anda pasti ingin memiliki kesemuanya.

Permainan pelbagai shade dari rona pastel yang mendamaikan, koleksi ini bukan saja membuatkan si pemakainya kelihatan anggun, bergaya, manis, sopan, berkeyakinan dan eksklusif, malah melambangkan wanita itu sebagai makhluk yang kuat serta cekal.

Apalagi edisi kali ini yang turut menampilkan tiga lagi rekaan terbaharu iaitu Dhya Embellished, Swarovski dan Inara Bridal diinspirasikan dari kisah hidup enam orang ikon wanita berhijab sebagai motif rekaan.

Mereka ialah aktivis kemanusiaan, Dr. Fauziah Hasan; blogger fesyen, Aishah Amin; mualaf berasal dari Korea, Ayana Moon; ibu tunggal, Farah Lee; pakar perubatan, Dr. Syaima Halim serta pengasas Tudung People sendiri, Fazrena Aziz.

Bercerita lebih lanjut mengenai koleksi kali ini, Fazrena Aziz selaku Pengasas Tudung People berkata, pihaknya berhasrat menyediakan lebih pilihan reka cipta tudung kepada peminat Tudung People di samping menyalurkan aura positif enam ikon terlibat kepada wanita di luar sana.

Limited Edition Eden misalnya kisah penghijrahan Ayana Moon di bumi Korea Selatan yang minoritinya Islam dan untuk koleksi ini, Fazrena memilih motif bunga liar sebagai tunjang rekaan.

Ketenangan

“Fabrik satin lembut dengan cetakan kepelbagaian bunga eksotik memberi gambaran ketenangan dan kebahagiaan hidup yang luar biasa.

“Paling penting, rekaan bunga dilukis dan diilhamkan sendiri oleh kumpulan kreatif kami bagi memberi impak eksklusiviti kepada wanita sekalian,” jelasnya.

Foto: Foto: Instagram Tudung People

Perincian

“Setiap perincian tudung kali ini mempunyai kisah tersendiri di sebaliknya. Pertama, kami tampilkan Dhya Embellished. Koleksi ini menampilkan hiasan bunga tiga dimensi di bahagian hujung selendang bertatahkan kristal dan batu Swarovski asli yang sangat indah.

“Kilauan hiasan bunga ini disimbolkan sebagai kekuatan wanita yang tidak pernah lelah berkorban untuk keluarga. Antaranya termasuklah Aishah Amin yang sanggup mengorbankan kerjaya sebagai jurutera demi menjaga dua orang anak, termasuk salah seorangnya penghidap autism,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran tersebut di galeri beli-belah Publika April lalu.

Foto: Instagram Tudung People

Tambah Fazrena, koleksi Swarovski pula menampilkan selendang sutera dan tudung bawal sifon dihiasi kemasan Swarokski di beberapa bahagian fabrik.

Koleksi ini dihias ringkas, namun cukup elegan bagi mewakili keluhuran perjuangan aktivis Dr. Fauziah Hasan terhadap mereka yang kurang bernasib baik dan Farah Lee sebagai ibu tunggal yang mempunyai perniagaan sendiri.

Foto: Instagram Tudung People

Fazrena turut melahirkan rasa bangganya, koleksi Tudung People tahun ini turut melengkapkan keperluan wanita dengan penampilan koleksi Inara Bridal untuk bakal raja sehari yang berkahwin pada musim perayaan.

Terdapat lebih daripada 10 warna pastel dengan hiasan renda anggun, idea melahirkan koleksi ini pastinya menjadi pelengkap sekaligus memudahkan urusan wanita pada hari bahagia mereka.

Foto: Instagram Tudung People

Apa macam, anda sudah jatuh cinta? Justeru jangan lupa dapatkan kesemua empat koleksi Tudung People Aidilfiti 2018 yang boleh didapati di butik Tudung People di Bangi Sentral ataupun secara online di http://tudungpeople.com.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Sun, 3 Jun 2018

Muka Anda Pucat Ketika Berpuasa? Cuba Teknik Solekan Ini Untuk Tampak Fresh!

Jangan biarkan muka anda pucat ketika berpuasa. Gunakan teknik solekan ini.

Oh Lawa Fri, 6 Jul 2018

Efisien Rekaan Abaya Sejak Larangan Arab Saudi Terhadap Pemandu Wanita Berakhir

Mengenakan pakaian abaya dengan potongan jumpsuit bersulam dan berwarna-warni yang cukup efisien, gaya mereka dilihat menyerlah dalam kalangan para wanita lain yang memakai abaya berona hitam

Oh Lawa Thu, 8 Nov 2018

Inilah Kenapa Facial Toner Perlu Menjadi Sebahagian Daripada Rutin Penjagaan Kulit Anda

Ketahui juga cara-cara memilih produk yang sesuai dengan jenis kulit anda.

Acara Wed, 10 Apr 2019
Oh Lawa Thu, 18 Jul 2019
Oh Lawa Thu, 29 Mar 2018

Malunya Kalau Ketiak Hitam! Ini 4 Cara Semulajadi Untuk Putihkannya Dengan Cepat

Untuk wanita yang bertudung, memanglah ketiak anda dikira aurat, tapi tak geli atau segan ke kalau ketiak anda nampak kusam dan hitam?

Featured Fri, 23 Nov 2018

3 Cara Untuk Menggayakan Skinny Jeans Macam Cindy Crawford

Kalau nak nampak menarik, ikuti tips ini.

Oh Lawa Wed, 17 Jan 2018

8 Kesalahan Fesyen Mesti Elak

Ada jurang yang memisahkan antara fashionista dengan fashion crime atau jenayah fesyen. Jenayah fesyen membuat kesalahan fesyen dalam usaha menjadi fashionista, ironi kan? Tapi apa itu kesalahan fesyen? Kami senaraikan 8 daripadanya: 1) Fashion statement […]

Featured Thu, 3 Jan 2019
Featured Sun, 19 Apr 2020
error: Content is protected !!