Euforia Bola 2026
Featured By: Marcella November 28, 2021 @ 12:33pm

Tular Video Lelaki B*gel Panjat Lori, Siap Beraksi Seperti ‘Spiderman’ Di Tengah Jalan

Sebuah klip video yang memaparkan seorang lelaki berbogel bertindak memanjat bahagian cermin depan sebuah kereta lori seperti ‘Spiderman’ viral di aplikasi Facebook pada Sabtu.

Menerusi video tular yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama Lsn Shina Star Trading, berkongsi mengenai seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh bertindak berani memanjat seperti ‘Spiderman’ di cermin depan sebuah lori.

Malah, tindakan lelaki itu telah membuatkan lori itu berhenti di tengah jalan dan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

“Apa hal dia ni buat. Kalau kita pukul, kita pula jadi masalah,” katanya dalam video itu.

Walaupun, pemandu lori itu cuba memandu untuk bergerak ke hadapan ketika lelaki itu masih berada di cermin depan, lelaki itu tetap tidak berganjak dari situ malah menjerit terhadap pemandu itu.

Buat masa ini, tiada penjelasan daripada mana-mana pihak berkenaan perkara itu dan diharap tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Spider-Man no way home” – Netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan tindakan lelaki itu yang memanjat seperti ‘Spiderman’.

Malah, ramai orang mengatakan perkara yang berlaku itu seperti sebuah filem yang bakal ditayangkan iaitu “Spider-Man no way home”.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Wed, 28 Aug 2024
Hiburan Sun, 17 Jun 2018

Berdepan Masalah Kemurungan, Haqiem Rusli Dah Nak Bersara?

Sementara itu, Haqiem juga memberitahu buat masa kini dia berehat menggunakan media sosial selain kemungkinan akan membuat persembahan terakhir pada 24 Jun depan di Ipoh, Perak.

TECH Wed, 19 Dec 2018
Featured Fri, 13 Jan 2023

Keperitan Alami Anxiety, Jerry Zakaria Lepaskan Emosi Dalam ‘Kehilangan’

Sedihnya lagu ni.. Masalah penyakit mental bukan isu main-main tau

Hiburan Sun, 9 Jun 2019

Tak Nak Jadi Ustaz Lagi

Orang tetap nampak saya sebagai Ustaz Hamadi.

Hiburan Tue, 26 Jun 2018

Hey! Peminat-Peminat Yuna, Jangan Curi- Curi Ambil Gambar Beliau Lagi

Yuna memberitahu sekiranya peminat-peminat beliau ingin mengambil gambar bersamanya, dinasihatkan  jangan malu untuk menegur dan meminta izin kerana, beliau tidak akan menolak permintaan mereka.

Hiburan Mon, 9 Dec 2024
Trending Fri, 13 Nov 2020
Hiburan Wed, 30 Apr 2025

Tular Foto Mesra Bersama Seorang Wanita, Ini Respons Edika Yusof

Edika Yusof perjelas foto mesra berdua-duaan dengan seorang wanita

error: Content is protected !!