Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 22, 2025 @ 7:15pm

Ulasan Konsert: Lawan Kritikan Dengan Persembahan Mantap di Plenary Hall, Elite Buktikan Mereka Masih Berbisa

Konsert Elite Live ’25 yang berlangsung Sabtu lalu di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur menjadi bukti nyata bahawa kumpulan wanita popular era 90-an itu masih mampu berdiri gagah di pentas hiburan.

Walaupun pernah dikecam sewaktu pengumuman konsert dibuat kerana ada yang meragui kemampuan mereka, lima anggota Elite berjaya menangkis segala keraguan dengan persembahan penuh tenaga dan keyakinan.

Sasha Saidin, Watie Sadali, Abby Abadi, Azza Zawari dan Linda Rafar menghiburkan dewan yang penuh dengan peminat setia yang terdiri daripada orang-orang lama yang membesar dengan lagu Elite serta generasi baharu.

Pada usia lewat 40-an, mereka masih membuktikan kebolehan menari, menyanyi dan berinteraksi dengan penonton. Biarpun staminanya tidak sama seperti dahulu, semangat dan kesungguhan Elite menjadi daya tarikan utama.

Konsert anjuran Icon Entertainment itu bermula dengan penuh bertenaga menerusi Ladiva dan Merbahaya, sebelum mereka menenangkan suasana dengan lagu-lagu penuh nostalgia seperti Mengerti dan Sesuatu Dalam Dirimu.

Setiap persembahan membuktikan disiplin vokal dan latihan masih dijaga rapi. Kehadiran Alpha dan X-Factor sebagai artis jemputan turut memberi variasi dan menambah kemeriahan, terutama apabila lagu duet Di Pintu Syurga dan Bertuah dilagukan dengan penuh harmoni.

Peminat juga melepaskan kerinduan dengan menyaksikan kumpulan kegilaan remaja zaman 2000-an, X-Factor yang membawakan lagu 7251364. Kehadiran lima jejaka yang masih kacak itu membuatkan seluruh dewan bersorak gembira.

Puncak malam hadir dengan dendangan Trauma dan GIG yang membuatkan penonton berdiri, menyanyi bersama dan tenggelam dalam euforia. Encore pula menutup persembahan dengan dua lagu ikonik, Tamparan Wanita dan Manisnya Senyumanmu yang menjadi tanda tangan kerjaya Elite sejak dahulu.

Namun, ada sedikit ruang penambahbaikan. Ketika sesi berbual dengan penonton, momentum konsert kadang-kadang sedikit perlahan kerana gaya mereka yang agak sedikit meleweh dan panjang. Walaupun niatnya mahu mesra dengan penonton, ia sesekali menjejaskan tempo persembahan yang sepatutnya lebih padat.

Secara keseluruhan, konsert Elite tetap meninggalkan kesan mendalam. Kelima-lima anggota tampil gigih menghiburkan dengan persembahan bertenaga, suara yang masih mantap serta semangat yang tidak luntur.

Kritikan awal yang pernah dilemparkan akhirnya terpadam, diganti dengan tepukan gemuruh dan rasa puas hati peminat. Elite membuktikan bahawa legenda tetap legenda, dan mereka masih mampu memegang status itu dengan penuh bangga.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 22 Mar 2022

“Tapi Jangan Buat Cara Lacurkan Agama Macam Ni…” – Ajak Kumpul Saham Akhirat Dengan Tengok MV Baru, Shahrulezad Tegur DSV

Pengarah drama popular, Shahrulezad Mohameddin atau lebih dikenali dengan panggilan Budak Ijat tampil menegur tindakan usahawan selebriti, Datuk Seri Vida (DSV) agar tidak mempromosikan muzik video terbaharunya dengan alasan untuk mengumpul saham akhirat. Perkara itu […]

Hiburan Tue, 2 Oct 2018

Terkejut Ragaman Terus BOOM, Faizal Tahir Berterima Kasih Dengan Nabila Huda

Dalam pada itu, penyanyi berusia 39 tahun ini amat berterima kasih kepada pelakon Nabila Huda yang berganding sama dalam muzik video Ragaman.

Featured Mon, 27 Dec 2021

Bekas Isteri Buat Laporan Polis, Badrul Muhayat Didakwa Bawa Lari Anak-Anak

Seorang wanita yang dikenali sebagai Julia Ma’wa memberitahu di sebuah hantaran Facebook miliknya bahawa bekas suaminya yang merupakan pelakon drama tempatan, Badrul Muhayat telah melarikan anak-anaknya. Julia menerusi hantaran itu menjelaskan terdapat kesan umpil di […]

Trending Wed, 14 Nov 2018

Wanita Nepal Ini Mula Jadi Sebutan Penduduk Dunia, Siapa Gerangan Si Dia?

Cantik betul kan? Tak hairanlah dia digelar ‘Bidadari Dari Syurga’. Ye tak?

Trending Wed, 3 Mar 2021

Perjalanan Dari Kuala Lumpur, Selangor Ke Putrajaya Perlu Surat Kebenaran Polis

Jangan keliru gaissss, nanti tak pasal-pasal kena saman!

Kisah Viral Thu, 19 Mar 2026

“Kalau Saya Nak Namakan Cucu Saya Bawal, Boleh Daftar Ke?” – Perkongsian Haliza Maysuri Cetus Pelbagai Reaksi Warganet

Haliza Maysuri mencuri perhatian warganet apabila berkongsi satu persoalan unik di aplikasi Threads mengenai hasrat menamakan cucunya sebagai ‘Bawal’.

Trending Mon, 9 Jul 2018

Panas! Syed Saddiq Jawab Isu Setiausaha Akhbar KBS

Laman web rasmi KBS mungkin disabotaj pihak tidak bertanggungjawab. Saya telah memaklumkan perkara berkenaan kepada Ketua Setiausaha KBS, Datuk Lokman Hakim Ali, untuk tindakan susulan.

Hiburan Fri, 4 Aug 2023

Dolla Kembali Dengan Damelo

Baru sahaja memenangi Anugerah Kumpulan / Duo/ Kolaborasi Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) yang ke-35, kumpulan nyanyian wanita popular DOLLA sudah bersedia untuk projek yang baharu. Anugerah Bintang Popular merupakan salah satu anugerah […]

error: Content is protected !!