Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal January 21, 2018 @ 6:12pm

Uruskan ‘Parcel’ Di China Menggunakan Robot Untuk Online Shoppers

 Sudah menjadi kegilaan masa kini untuk membeli-belah secara dalam talian. Pengguna lebih gemar untuk membeli barang-barang yang diidamkan dengan hanya dihujung jari sahaja.

Laman web membeli-belah dalam talian seperti telah menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk membeli apa sahaja yang mereka impikan.

Dari kelengkapan diri sehingga lah kelengkapan rumah, semua boleh didapati melalui laman web tersebut. Cari sahaja apa yang terlintas di hati pasti anda akan jumpa dengan harga yang ditawarkan lebih rendah dari membelinya di kedai. 

Ada sesetengah barang yang dijual oleh laman web membeli-belah datangnya dari luar negara terutamanya negara China. Jika anda membeli produk dari negara China, anda terpaksa menunggu dalam tempoh sekurang-kurangnya 2 minggu.

Seorang pengguna Facebook, Hadrey Ali memuat naik sebuah video yang menunjukkan bagaimana gudang pengurusan bungkusan di China untuk dihantar ke merata dunia.

Di China, mereka menyusun bungkusan itu mengikut negara yang tertulis di bahagian alamat dengan menggunakan robot khas. Robot ini boleh mengesan alamat anda dan menyusun bungkusan-bungkusan ini mengikut negara yang perlu dihantar.

Perjalanan dari China ke Malaysia juga memakan masa sedikit dan pusat pengurusan di China menerima jutaan bungkusan setiap hari untuk disusun.

Jadi, jika anda memilih untuk membeli barangan di China, anda perlu memiliki sedikit kesabaran untuk bungkusan sampai ke depan pintu rumah anda

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 12 Mar 2025
Trending Tue, 2 Mar 2021
Featured Tue, 10 Dec 2024
Featured Wed, 31 Jan 2024

Heboh Gosip Mawar Karim Dah Berkahwin? Fizo Omar Tumpang Gembira – “Saya Ada Dengar, Tapi Selebihnya Tanya Dia”

“Tidak sesuai untuk saya bercakap tentang hal itu kerana saya hanya bekas suami” – Fizo Omar

Trending Tue, 24 Dec 2019

62 Plaza Tol Mula Guna RFID Bermula 1 Januari 2020

Kementerian Kerja Raya telah mengumumkan dalam satu kenyataan media mengenai Radio Frequency Indentification (RFID) bakal dilaksanakan pada 1 Januari 2020. Menurut kenyataan rasmi yang dimuat di media sosial tersebut, RFID terbuka untuk kenderaan kelas 1 […]

error: Content is protected !!