Euforia Bola 2026
Trending By: Ad Ops January 26, 2018 @ 8:06pm

Vagina Douching: Selamat Atau Tidak

Douching merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh kebanyakan wanita di Malaysia. Bagi mereka yang masih tidak mengetahui apa itu douching, ia diambil daripada perkataan Perancis, ‘douche’ yang bermaksud cuci atau rendam.

Kebanyakan wanita melakukan douching kerana ingin membersihkan bahagian dalam faraj atau vagina dan biasanya mereka menggunakan air yang dicampur dengan cuka, baking soda, ubat-ubatan herba atau bahan kimia.

Ada juga segelintir wanita yang melakukan amalan ini kerana mahu mencuci saki baki darah haid dan sewaktu mengalami keputihan luar biasa. Mereka yakin dengan melakukan douching, ia mampu melegakan kegatalan dan membuatkan mereka merasa lebih bersih. Bukan itu saja, ada juga yang melakukan douching untuk mengelakkan hamil.

Ramai wanita yang tidak menyedari tentang bahaya douching, malah hasil kajian saintifik juga tidak menunjukkan atau menyokong amalan ini. Wanita yang mengamalkan douching berisiko mendapat masalah seperti berikut:-

1. Jangkitan faraj (Bacterial vaginosis)

Douching boleh menganggu keseimbangan flora semulajadi dalam vagina. Perubahan ini menyebabkan flora yang baik seperti lactobasillus mengurang dan memudahkan bakteria lain menyerang permukaan vagina sehingga menyebabkan vagina mengeluarkan cecair atau lendiran yang luar biasa dan berbau busuk. Paling parah, jangkitan kuman juga mampu menyebabkan endometriosis.

2. Kelahiran pramatang

Ibu hamil yang melakukan douching berisiko mengalami kelahiran pramatang. Ini kerana ia dapat merangsang pengecutan otot-otot rahim.

3. Komplikasi kehamilan

Wanita yang gemar melakukan douching lebih dari sekali seminggu lebih sukar untuk hamil dan 76% berisiko mendapat kehamilan luar rahim atau ectopic pregnancy jika hamil.

4. Infamatori pelvis (PID)

PID ialah jangkitan kuman pada rahim (uterus), tiub fallopian dan kalenjar kilang ovari.  Kajian menunjukkan 75% wanita yang mengamalkan douching lebih berisiko untuk mendapat PID berbanding mereka yang tidak melakukan amalan tersebut.

5. Kanser pangkal rahim

Mereka yang mengamalkan douching sekurang-kurangnya sekali seminggu meningkatkan risiko mendapat kanser pangkal rahim.

Justeru, hentikan amalan douching kerana ia satu amalan yang bahaya. Menurut pakar dari American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG), memadai membasuh vagina dengan menggunakan air bersih di bahagian luar sahaja tanpa perlu memasukkan ke dalam vagina.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di:-

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 30 Nov 2022

Dapat Soalan Merepek Pasal Anak, Netizen ‘Puas’ Dengar Norreen Iman Bahasakan Pengikut Instagram

Sudah pasti ramai yang mengenali pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman yang sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat lawaknya. Terbaharu, tular sebuah rakaman Instagram Story Norreen yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama @ayymanwong yang […]

Agama Mon, 24 Jun 2024

Ceramah Ustaz Don Di Seluruh Selangor Ditangguhkan? 

Pihak Jais pun belum beri sebarang kenyataan.

Hiburan Tue, 26 Nov 2024
Hiburan Sun, 15 Jan 2023

Darah Manis! Bakal Dirisik, Zarina Anjoulie Kongsi Momen Shopping Cincin Kahwin

Pelakon Zarina Anjoulie tampil berkongsi momen dirinya membeli cincin perkahwinan bersama kedua ibu bapanya dan bakal suaminya, Datuk Seri Kazrul. Menerusi perkongsian di TikTok, Zarina atau lebih mesra disapa sebagai Anju kelihatan sangat berseri dan […]

Trending Fri, 29 Nov 2019
error: Content is protected !!