Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 8, 2025 @ 1:51pm

[VIDEO] “Aku Lelah, Tapi Tak Pernah Menyesal” – Siang Malam Cari Rezeki, Kiah Propa Korban Masa Demi Keluarga

Pelakon Kiah Propa meluahkan rasa sebak apabila melihat dirinya bekerja keras dari pagi hingga malam tanpa mengenal penat, semata-mata demi mencari rezeki halal untuk keluarganya.

Dalam sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Kiah atau nama sebenarnya Siti Rohkhaida Abdul Kalil, 46, berkongsi detik menyayat hati dirinya menjamah bekal makanan di tempat perhentian bas dalam suasana hujan.

Di ruangan kapsyen, Kiah menitipkan doa agar diberikan kekuatan dan kesihatan untuk terus berjuang menyara keluarga.

Walaupun menerima segala ketentuan dengan reda, Kiah mengakui ada saatnya dia merasa simpati terhadap dirinya sendiri, yang tidak punya masa untuk berehat seperti orang lain.

Namun begitu, dia tidak pernah menyesal dengan keputusan untuk kembali berkahwin dengan bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail yang kini terlantar sakit akibat kanser leher.

“Sedih pula tengok diri sendiri berusaha kerja tanpa hirau apapun sekeliling demi mencari rezeki, hujan panas aku redah. Ya Allah, semoga aku sihat untuk keluargaku. Perit itu di hati, namun aku tetap bersyukur..

“Tak sedikit pun aku mengeluh cuma kadang aku perhati, aku tak ada masa ‘healing’ macam orang lain. Seawal pagi hingga malam aku bekerja.. Aku tak akan menyesal pilihan untuk kembali berkahwin cuma sedikit lelah seorang perempuan,” tulisnya.

Perkongsian tersebut mengundang rasa simpati dalam kalangan netizen, yang membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat dan doa buat Kiah.

Ramai menyifatkannya sebagai seorang wanita yang luar biasa kuat dalam menghadapi dugaan hidup.

Untuk rekod, pada November tahun lalu, Kiah mengambil keputusan untuk menikahi semula bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail, selepas lapan tahun berpisah, demi menjaganya yang kini sedang bertarung melawan penyakit kanser.

@kiahpropaviral

SEDIH PULAK TENGOK DIRI SENDIRI BERUSAHA KERJA TANPA HIRAU APAPUN SEKELILING DEMI CARI REZEKI HUJAN PANAS AKU REDAH ALLAH MOGA AKU SIHAT UNTUK KELIARGAKU😭😭😭🤲🏻🤲🏻😖PERIT ITU D HATI RASA ITU DI SINI NAMUN AKU TERAP SUUKUR TAK SIKIT AKU MENGELUH CUMA KADANG AKU PERATI AKU TAKDE MASA HEALING MACAM ORG LAIN SEAWAL PAGI HINGGA MALAM BEKERJA ….DAN AKU TAKKAN MENYESAL PILIHAAN UNTUK KEMBALI BERKAHWIN CUMA SEDIKIT LELAH SEORANG PEREMOUAN 😭😭😖😖💪🏻 #kiahpropa #viral #fyp #saujanautamasgbuluh #bakso #meekarihainankiahpropa #laksalelatokiahpropa #baksojawa

♬ Indah Rasa Bersyukur – Taya Tasya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 28 Feb 2024
Featured Tue, 9 Mar 2021
Hiburan Tue, 20 Aug 2019

Afgan Bawa Sheila Majid Ke Pentas Konsert Inspirasi 5 Oktober Ini!

Jom ke HGH Convention Centre, Kuala Lumpur pada 5 Oktober ini!

Featured Tue, 22 Jun 2021

Bantuan Kepada M40- Pensyarah Ekonomi

Kerajaan dicadang memperluaskan bantuan kepada golongan M40 dalam fasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Menurut Pensyarah Kanan Putra Business School, Profesor Madya Ahmed Razman Abdul Latiff, beberapa inisiatif jangka masa panjang boleh diambil dalam […]

Featured Thu, 20 Oct 2022

[VIDEO] “Muncung Sikit Lah…” – Siti Nurhaliza Dedah Cara Merajuk Dengan Suami

Biasalah kan perempuan, merajuk sikit tu perkara biasa

Hiburan Wed, 11 Jul 2018

陈思颐代言养生美容馆 自嘲变性成功有伴侣

本地网路电台主持人Cindy 陈思颐和新晋男演员Sampson 周力文签约代言养生美容馆;陈思颐自嘲在开始了护理后,让她「变性成功」更有女人味,脱离单身狗的生活。

Trending Sun, 17 Dec 2017

Henti Tular Video Pembunuhan Itu Kata PDRM

Hentikan tilar video lelaki yang ditikam dan dilangar ketika bergelut dengan sekumpulan penjenayah di Jalan Sri Pelangi,

Events Tue, 15 Jan 2019

Hangatkan Prelude AJL33 Di KL Live!

AJL33 lebih hangat dari biasa!

Featured Mon, 10 Apr 2023
error: Content is protected !!