Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 28, 2025 @ 11:50am

[VIDEO] “Buka Aib Orang Puas Sekejap Saja, Tapi Dosa Kekal Selamanya” – Ira Kazar 

Pelakon dan penyanyi, Ira Kazar tampil memberikan pandangan tegas berhubung sikap segelintir pihak yang gemar membuka aib orang lain demi meraih simpati serta pengesahan daripada netizen di media sosial.

Menerusi sepotong video siaran langsung tular di Threads, Ira atau nama lengkapnya, Faghirah Fatini Kazaruddin mengakui, dia lebih memilih untuk berdiam diri daripada mendedahkan cerita yang tidak membawa sebarang manfaat.

“Saya bercakap ini hanya untuk mereka yang berakal. Kalau saya cerita pun, apa saya dapat? Mungkin puas hati sekejap, tapi selepas itu saya akan menyesal sebab dah buka aib orang,” katanya.

Bekas isteri pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof ini turut menegaskan, dia tidak mahu menjadi individu yang mudah membuka kisah peribadi orang lain hanya kerana ingin membuktikan dirinya berada di pihak yang benar.

“Kalau jenis suka buka aib orang, teruskanlah. Tapi saya tidak begitu. Banyak saja benda boleh cerita, tapi untuk apa? Nak bersihkan nama? Nak nampak diri kita betul? Nak dapat pengiktirafan daripada netizen? Tak kot…

“Kepuasan itu sementara, kemudian rasa menyesal sebab tanggung dosa sampai bila-bila sebab kita rasa kita di tempat betul, konon difitnah… tapi tak perlulah,” ujarnya.

Ira berkata, dia lebih memilih untuk menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT dan berdoa agar kebenaran akhirnya akan terbukti tanpa perlu mengaibkan sesiapa.

“Saya selalu berdoa semoga satu hari nanti Allah tunjukkan kebenaran. Itu lebih baik daripada membuka aib sesiapa,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen seakan bersetuju dengan kenyataan anak kepada pelakon senior, Kazar Saisi itu.

 

View on Threads

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 23 Dec 2024
Featured Tue, 17 Aug 2021

“Berkat Doanya, Ramai Datang”- Azlee Senario Syukur Gerai Dapat Sambutan Selepas Dikunjungi Ebit Lew

Jika dahulu, lakonan dan jenakanya sering menjadi hiburan peminat di kaca televisyen namun kini pelawak Azlee Senario berhadapan dengan kesukaran mencari rezeki akibat hilang mata pencarian dalam musim pandemik. Baru-baru ini, tular di media sosial […]

Trending Thu, 23 Jan 2020
Hiburan Mon, 23 Oct 2023
Featured Mon, 22 Aug 2022
Hiburan Tue, 10 Jun 2025
error: Content is protected !!