Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 7, 2022 @ 5:57pm

[VIDEO] “Kalau Aku Mati Kat Australia, Mati Aku Adalah Perempuan!” – Dikecam Gara-Gara Buat Kenyataan Melampau, Sajat Minta Netizen ‘Move On’

Usahawan selebriti sensasi, Nur Sajat Kamaruzzaman sekali lagi mencuri perhatian apabila membuat kenyataan mengenai kematiannya di TikTok baru-baru ini.

Ia selepas ada peminat yang bertanya kepadanya ketika sesi siaran langsung di aplikasi berkenaan kononnya sekiranya Sajat meninggal, dia akan dikebumikan sebagai seorang lelaki ataupun perempuan.

Ekoran daripada soalan yang diberikan, Sajat memaklumkan dia tetap akan dikebumikan di Australia sebagai seorang perempuan dan bukannya di Malaysia.

“Tak lah, dekat sini (Australia) semua tahu kita perempuan. Kita kebumikan bukan dekat Malaysia, dekat Australia. Netizen ni cakap aku macam tak boleh fikir? Sajat dah duduk sana, buka busines dekat sana, dia memang orang sana. Tak kan nak mati hantar kat Malaysia? Memang tidak lah.

“Mati aku perempuan. Register tu female. Jadi nak cakap apa. Dah lah tu, move on lah hidup anda semua ni. Terima je lah,” katanya.

Bagaimanapun, kenyataan Sajat itu sekaligus mengejutkan ramai pihak yang menganggap dia kini lebih terbuka untuk berkata apa sahaja malah ada netizen yang sempat menitipkan doa agar Sajat diberikan hidayah.

Setakat ini, video berdurasi satu minit lebih itu telahpun di tonton lebih dari 40,000 tontonan.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 15 Jul 2024

“Macam Ada Isi Je…” – Penampakan Baby Bump, Netizen Dakwa Marissa Dania Kini Hamil?

Wah, kalau betul apa salahnya kan? Moga yang baik-baik semuanya😍

Featured Thu, 7 Aug 2025

Didakwa ‘Over’ Sentuh Muka Rakan Selebriti, Patimah Ismail Pertahankan Fazura – “Apa Dosanya?”

Menyentuh muka memperlihatkan keperibadian Fazura sebagai seorang teman yang mesra.

Trending Tue, 18 Dec 2018

Al-Fatihah…Jenazah Adib Akan Dikebumi Penuh Istiadat Bomba

Al-Fatihah…Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan dimasukkan ke Jannah, Insya Allah.

Hiburan Tue, 17 Jul 2018

Tawaran Berlakon Dah Tak Macam Dulu, Fauzi Nawawi Buka Hotel Bajet

Memulakan perniagaan bisnes hotel bajet sejak dua bulan lalu, Fauzi Nawawi mencontohi rakan artis lain yang sudah berjaya seperti Datuk Rosyam Nor, Datuk Yusof Haslam dan Fattah Amin yang turut memiliki perniagaan sendiri.

Hiburan Tue, 7 Nov 2017

KAHWINI ERRA TAHUN DEPAN, MUKTAMAD! – SHAHIR

Beberapa hari lepas kita sering melihat turun naiknya “headline” mengenai gosip peserta AF Megastar , Shahir Zawawi. Mengulas lanjut kenyataan berhubung gosip adakah pramugari yang dikenali sebagai Mona itu adalah kekasihnya?

Hiburan Wed, 10 Apr 2019

Lawat Mangsa Buli, Tindakan Ifan Seventeen Dipuji Warganet

Tindakan Ifan yang merupakan anak jati itu kota itu mendapat pujian daripada warganet. Mari doakan agar adik Audrey pulih seperti sedia kala. Insha Allah…

Featured Fri, 2 Dec 2022

[VIDEO] Kongsi Berita Gembira Bakal Timang Cahaya Mata Ke-7, Reaksi Anak Bongsu Dr Sheikh Muszaphar Curi Perhatian Ramai – “Dia Tak Nak Terima”

Wahhh, permintaan Dr Sheikh nak tambah anak nampaknya dah tertunai! Alhamdulillah, moga semuanya baik-baik saja ❤️ Tahniah cap!

error: Content is protected !!