Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 23, 2022 @ 8:07pm

[VIDEO] Kulit Sensitif Pada Cahaya, Ustaz Kazim Elias Akui Terpaksa Beri Ceramah Tutup Sebahagian Muka Dengan Topi

Penceramah bebas terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias mencuri perhatian netizen apabila penampilannya semasa memberi ceramah baru-baru ini undang rasa sebak netizen.

Umum sedia maklum, Ustaz Kazim sebelum ini pernah mendedahkan dirinya menderita sakit misteri hampir setahun lalu sehingga seluruh tubuh badannya luka termasuk di bahagian muka.

Menerusi sebuah ceramah siaran langsung di Facebook, Ustaz Kazim muncul dengan mengenakan pakaian bertopi bercorak celoreng dan menutup hampir seluruh mukanya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa sayu apabila melihat penceramah kegemaran ramai itu dalam keadaan sedemikian, namun tetap bersemangat dalam menyampaikan ceramah berkenaan yakjuj dan makjuj.

Dalam pada itu, Ustaz Kazim turut mendedahkan mengenai sebab dia memakai topi yang menutup separuh mukanya dan hanya nampak di bahagian mata.

“Saya kena pakai macam-macam krim pada seluruh tubuh badan. Jadi, mulai malam ini (semalam), saya harap semua tak terkejut saya pakai macam ni.

“Ia untuk saya menjaga muka dan seluruh tubuh badan saya buat sementara waktu berpakaian seperti ini. Saya kena jaga betul-betul supaya wajah saya kembali pulih seperti dahulu,” katanya.

Sementara itu, Ustaz Kazim turut memberitahu dia sedang dalam usaha untuk mengembalikan kulitnya sembuh seperti sediakala.

Ujarnya lagi, segala usaha adalah atas nasihat doktor yang menyarankan dirinya untuk tidak mendedahkan mana-mana anggota tubuhnya pada pancaran matahari.

“Kalau perhati betul-betul, wajah saya dalam siaran langsung nampak perbezaan ketara antara sekarang dengan beberapa bulan lepas.

“Jadi, dengan izin Allah saya sedang sedaya upaya mahu kulit kembali elok dan tubuh kembali sihat. Ini yang rawatan saya sedang jalani sekarang ini,” katanya lagi.

Mengulas lebih lanjut, Ustaz Kazim bagaimanapun berkata dia tidak dapat menjelaskan secara terperinci mengenai penyakit sebenar yang dihadapinya kepada media.

“Keadaan saya sekarang ini, saya tidak boleh jawab di media, saya kena diam sahaja. Kalau orang tanya, saya jawab ‘Alhamdulilllah’,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Ustaz Kazim mendedahkan keadaan wajahnya yang ditumbuhi ketulan kecil berwarna hitam sehingga boleh berdarah secara tiba-tiba.

Keadaan itu juga membuatkan rasa sakit, gatal, pedih dan membuatkan dirinya berasa gelisah hingga tidak dapat tidur seharian beberapa bulan lalu.

Artikel Berkaitan: Tular Lakaran Lukisan Wajah ‘Penyihir’, Ustaz Kazim Elias Mohon Henti Sebarkan… ‘Pawang’ Akui Hanya Ikut Permintaan Ramai

Sumber: Facebook Ustaz Kazim Elias

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 Oct 2023
Hiburan Sat, 24 Jan 2026
Hiburan Fri, 23 Jan 2026
Hiburan Wed, 10 Sep 2025

“Saya Yakin Amira Othman Akan Jadi Mak Tiri Yang Sangat Baik” – Pengurus Fattah Amin

Pengurus Fattah Amin berharap ikatan perkahwinan Fattah dan Amira berkekalan hingga ke syurga

Hiburan Wed, 3 Oct 2018

#ABPBH31: Khai Bahar Teringin Menang Kategori Sama Lagi

Nama tercalon sekali lagi dalam Penyanyi Lelaki Popular pun sudah membuatkan saya gembira. Alhamdulillah…

Featured Fri, 3 Jun 2022

[VIDEO] “Nampak Pondan Sikit Terus Ketawa…” – Solat Di Surau, Lelaki Lembut Terkilan Kena Ejek

Sepatutnya kita kena bagi sokongan dekat mereka bukannya perlekeh usaha mereka nak beribadah 😑 Apapun teruskan beristiqamah…

Hiburan Fri, 13 Jul 2018

Jodoh Syaitan Ibarat ‘Jump Start’ Untuk Sofi Jikan

Di sebalik apa yang telah terjadi, mereka beri saya peluang, mereka adalah hero sebenar bagi saya. Alhamdulillah…

Hiburan Sun, 23 Feb 2025

Ibu Neelofa Dedah Hidap Kanser Payudara

Noor Kartini mendedahkan dirinya menghidap kanser payudara tahap satu.

Hiburan Fri, 17 Nov 2023
error: Content is protected !!