Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain May 17, 2023 @ 11:13am

[VIDEO] Lawaknya! Gelagat Adira Suhaimi Bersaing Tunjuk Alat Solek Dengan Anak Undang Tawa

Penyanyi Adira Suhaimi sekali lagi meraih pujian dalam kalangan warganet selepas mempamerkan keakrabannya bersama anak perempuannya, Anggerik di media sosial.

Menerusi sebuah perkongsian di TikTok, Adira telah memuat naik video mereka berdua sedang melakonkan situasi para wanita yang saling bersaing menunjukkan alat solek mereka.

Dalam perkongsian tersebut, mereka juga kelihatan sangat akrab dan tidak kekok untuk membuat content bersama sekali gus mencuri perhatian ramai peminat.

Malah, penyanyi itu turut meluahkan rasa geram apabila kebanyakan alat soleknya sudah menjadi hak milik anaknya.

“Tak boleh jadi ni, semua make up kita jadi make up dia,” tulisnya

@adira.suhaimi #fyp ♬ original sound – adira.suhaimi

Terhibur dengan gelagat dua beranak itu, video yang berdurasi satu minit lima saat tersebut turut mendapat pelbagai respons dalam kalangan warganet di ruangan komen.

“Jauh tersasar sudah ini dua beranak..Maknya sudah nda mau jadi penyanyi, anaknya sudah nda mau tengok kartun.

“Aku ni layan video-video tiktok dia sampai lupa dah dia ni penyanyi.

“Ya Allah dua beranak ni,tak pernah tak lucu(harap adira reply la)

“Hahahahaha menurun sungguh perangai mak dia, comel la,” komen peminatnya.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 242,100 tontonan dan 15,600 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 23 Jun 2020

Jumlah Jemaah Haji Adalah Terhad Pada Tahun Ini

Semoga keputusan ini baik-baik sahaja buat semua

FESYEN Tue, 8 May 2018

“Lucu Ada Yang Bercakap Saya Jadi Mangsa Fesyen”- Neelofa Perjelas Isu Baju Saiz Besar

Lofa menyifatkan bahawa beliau sudah lali dengan kritikan dan komen netizen. Baginya, dia cukup bangga kerana dipilih untuk menyarung persalinan berjenama mewah itu pada malam tersebut

Trending Fri, 15 Apr 2022
Featured Fri, 17 Dec 2021

Gara-gara Pakai Seluar Dalam Wanita Sebagai Pelitup Muka, Penumpang Lelaki Dipaksa Keluar Dari Pesawat

Seorang penumpang lelaki dipaksa keluar dari sebuah pesawat di Florida selepas dia berkeras untuk memakai sehelai seluar dalam perempuan berwarna merah sebagai pelitup muka. Lelaki berkenaan, Adam Jenne, 38, diminta turun sebelum pesawat itu berlepas […]

Featured Wed, 13 Sep 2023
Hiburan Tue, 30 Apr 2019
error: Content is protected !!