Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi October 6, 2022 @ 2:55pm

[VIDEO] “Lepastu Buat Lagi, Aliff Syukri No. 2!” – Permohonan Maaf Baim Wong & Isteri Dikecam

Baru-baru ini, selebriti terkenal negara jiran Baim Wong menerima kecaman hebat daripada netizen baik di Malaysia mahupun di Indonesia.

Ia ekoran kontroversi yang dianggap ‘murahan’ oleh segelintir pihak selepas Baim dan isterinya, Paula Verhoeven berkongsi sebuah video di akaun YouTube memuat naik content ‘prank’ gurauan keganasan rumah tangga.

Artikel Berkaitan: Susulan Kes Lesti Kejora & Rizky Billar, Kini Baim Wong & Isteri Pula Disiasat Polis

Baim Wong pecat pemandu peribadi selepas kantoi mencuri ...

Susulan itu, Baim dan isterinya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi sebuah video yang tular di serata media sosial sehingga teruk menerima tempias netizen.

“Sebenarnya Paula sudah mengingatkan saya, cuma saya masih melakukannya. Mungkin juga kerana keegoan saya sebagai lelaki. Saya juga minta maaf kepada keluarga saya tapi terutama pada pihak polis tidak ada niat untu melecehkan mereka.

“Atas kesalahan buat ‘prank’ keganasan dalam rumah tangga’ dan saya menyedari saya sangat bersalah kerana mencipta situasi seperti itu.

“Tak ada kata-kata lain selain saya minta maaf dan tolong tegur saya terus dan saya tiada dendam kepada sesiapa pun. Terima kasih, tolong ingatkan saya terus ya, saya minta maaf,” katanya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA di ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa ‘meluat’ terhadap selebriti ini kerana dikatakan tidak mengambil pengajaran daripada kesalahan lalu.

Menurut netizen, Baim sering melakukan content yang dianggap murahan oleh segelintir pihak namun setelah mererima kritikan selebriti ini lantas memohon maaf tetapi akhirnya membuat perkara sama lagi.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir daripada mereka menggelar Baim seperti usahawan kontroversi Malaysia iaitu Datuk Aliff Syukri yang dikatakan mempunyai perwatakan sama.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 20 Jul 2018

Status ‘Maaf, Saya Mula Penat’ Ardell Terus Jadi Tanda Tanya

Saya hanya insan biasa yang memerlukan masa untuk diri sendiri. Terlalu banyak tekanan yang saya lalui. Saya juga ada perasaan dan buat masa ini, saya hanya melakukan perkara yang saya mahu buat…

Hiburan Sun, 22 Sep 2019

Dj Lin Nak Bersara?

Ala…kenapa pula ni?

Hiburan Fri, 18 May 2018

Marsha Milan Teruja Sambut Ramadan Kali Ini

Menurut Marsha juga, bulan ramadan adalah bulan yang sangat dinanti-nantikan kerana pada bulan ini sahajalah kita dapat memperbanyakkan ibadah disamping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim

Events Tue, 18 Sep 2018
Hiburan Sun, 3 Mar 2019

‘Henti Bandingkan Dengan Neelofa’- Hawa Rizwana Mula Rimas?

Ada yang cakap Hawa try so hard nak jadi macam Neelofa?

Hiburan Sun, 24 Dec 2017

Selebriti Media Sosial Maut Dihujani Peluru

Selebriti Media Sosial Maut Dihujani Peluru Selepas Persenda Ketua Kartel Dadah

Featured Thu, 8 Sep 2022
error: Content is protected !!