Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops March 21, 2018 @ 4:29pm

Video Lip-Sync 50 Ibu Bersama Anak Sindrom Down Buat Air Mata Satu Dunia Berjurai

Sebuah video bertajuk ’50 Mums, 50 Kids, 1 Extra Chromosome’ kini bukan sahaja menjadi viral, malah turut menyentuh hati seluruh masyarakat dunia.

Video ini memaparkan 50 ibu dari seluruh United Kingdom, menyanyikan lagu hits Christina Perri berjudul ‘A Thousand Years’ bersama anak sindrom down mereka menggunakan Makaton, iaitu satu bentuk bahasa isyarat yang menggunakan simbol tangan untuk membantu komunikasi.

Idea menghasilkan video tersebut tercetus daripada salah seorang ibu dalam video berkenaan, Rebecca Carless, 35, yang mendapat idea selepas melihat video dari kumpulan Singing Hands.

Menariknya, video yang berkonsep ‘Carpool Karaoke’ ini dihasilkan sempena Hari Sindrom Down Sedunia yang jatuh pada 21 Mac setiap tahun.

Sejak dimuat naik  Jumaat lalu, video yang menggunakan #WouldntChangeAThing ini telah menerima lebih daripada 1,600,000 tontonan di Youtube dan 3,300,000 tontonan di Facebook. Fuhhh.. Dashyat!

Bukan itu sahaja, video ini turut mendapat perhatian penyanyi Christina Perri sendiri yang terharu apabila mereka memilih lagunya untuk menghasilkan muzik video tersebut.

Sumber: Facebook Jamie McCallum  

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Tue, 5 May 2020

Cara tanam uri bayi tanpa dikesan binatang liar, wahai ayah ini caranya!

Panduan berharga buat mereka yang bakal bergelar bapa

Featured Tue, 18 Jul 2023
Featured Wed, 16 Jul 2025
Featured Mon, 22 Jul 2019

Panduan memakai tudung bawal bagi wanita bermuka bulat

Ilusi bentuk muka ilusi lebih tirus

Featured Wed, 12 Nov 2025

Digelar Bar*a & Tumpang Populariti Madu, Umisya Mazlan Tampil Pertahankan Diri! – “Lidah Manusia Terlalu Kejam”

Umisya tampil pertahankan diri gara-gara terima pelbagai tohmahan melampaui batas.

Featured Mon, 3 Nov 2025

“Nak Type Get Well Soon Pun Payah” – Nadia Brian Luah Rasa Terkilan, Dakwa Kawan ‘Musuh Dalam Selimut’

Pelakon jelita, Nadia Brian meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir individu yang disifatkannya sebagai ‘kawan lupa kawan’.

error: Content is protected !!