Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 7, 2025 @ 5:57pm

[VIDEO] Nama Terkait Isu Rumah Tangga Fattah Amin & Fazura, Rosyam Nor Masih Ada Rasa Simpati – “50-50 Nak Teruskan Saman Atau Tidak”

Pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor berkongsi mengenai laporan polis berhubung namanya yang dikaitkan dengan kisah keretakan rumah tangga bekas pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura.

Ketika ditemui XTRA, Rosyam menjelaskan kes tersebut masih dalam perbincangan antara pihaknya bersama peguam mewakilinya, sama ada mahu meneruskan tindakan saman terhadap individu berkenaan ataupun tidak.

“Kes itu masih dalam proses, ada ‘pro and cons’ (baik buruk). Ada yang menangis hubungi saya minta maaf, ada diantara mereka yang kerja sebagai security guard (pengawal).

“Kes itu sudah sampai kepada pihak polis dan MCMC, bergantung kepada saya sama ada mahu teruskan atau tidak.

“Saya belum memaafkan mereka, masih dalam perbincangan dengan peguam saya. Saya 50-50 untuk saman kerana masih ada rasa simpati,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Rosyam berkata ada dalam kalangan individu-individu yang menyebarkan fitnah tersebut merupakan golongan masyarakat yang bekerja sebagai sekuriti, selain menetap di kawasan pendalaman.

“Saya lihat orang-orang komen adalah mereka yang duduk di pendalaman, orang kampung yang tidak tahu menahu sekadar ‘foward’ sahaja. Berhati-hati di zaman fitnah, kerana dosa yang mengalir hingga mati.

“Berharap perkara itu dapat dijadikan pengajaran kepada netizen yang lain diluar sana. Bukan semua tetapi ada segelintir yang suka hentam ‘sembrono’ (sesuka hati),” ujarnya.

Sementara itu, ketika disoal mengenai respons aktor filem popular Pendekar Awang itu, Rosyam berkata Fattah hanya tertawa.

“Fattah tahu kes ini, cuma kami tidak pernah berbincang secara berdepan. Fattah hanya gelak kerana tahu ini semua kerja netizen yang tak faham bahasa,” ujarnya.

@xtra_my

Hm harapnya ramai yang ambil pengajaran la daripada isu ini.. mulia hati Rosyam Nor #fyp #xtra #beritaditiktok #sembangentertaiment #rosyamnor #fattahamin #fazura #simpati

♬ News Reports Background Music / Serious, Breaking News(1233862) – Ney

Pada Oktober tahun lalu, Rosyam membuat laporan polis di Balai Polis, Jalan Pudu, Kuala Lumpur selapas namanya dikaitkan dengan kisah perceraian Fattah dan Fazura.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nama Terkait Isu Perkahwinan Fattah Amin, Fazura… Rosyam Nor Tetap Ambil Tindakan Undang-Undang – “Ada Yang Dah Mohon Maaf, Tapi..”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 19 Nov 2018

#Mentor7: ‘Taufiq Patut Diberi Peluang Lagi’ -Siti Nordiana

Saya akan bantu semampu yang boleh untuk dia membina nama dalam industri nyanyian. Dia juga masih ‘hijau’ dan belum miliki apa-apa pengalaman sebelum ini.

Events Thu, 21 Apr 2022

Empat Peguam Pemerhati TMJ Dibenarkan Ikuti Kes Perbicaraan #JusticeForBella

Selepas perbincangan diantara Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isterinya, Che Puan Khaleeda bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun pada Selasa, hari ini Mahkamah Sesyen telah membenarkan […]

Hiburan Tue, 18 Mar 2025

Syukur Dapat Bertemu Fatima, Fattah Amin Bakal Beraya Dengan Anak Pada 3 & 4 Syawal

Fattah Amin bakal menyambut Hari Raya dengan Fatima pada 3 dan 4 Syawal.

Kisah Viral Tue, 25 Mar 2025

“Sedih, Kecewa Tetapi Kami Bersama Awak” – Space Dollah Dedah Syed Saddiq ‘Ready’ Kalau Masuk Penjara

Space Dollah juga mengambil kesempatan meluahkan perasaan dan keyakinannya terhadap kebolehan adiknya.

Trending Wed, 27 Jan 2021

“Women Empowerment” – Saima Mohsin Bakal Jadi Wanita Muslim Pertama Dilantik Peguam Negara AS

Kaum wanita juga boleh memimpin! Setelah Kemala Harris menjadi wanita pertama yang menyandang jawatan Naib Presiden US, nampaknya kini Saima Mohsin bakal mengikut jejak langkah yang sama.  Terbaru, Saima Mohsin, 52 tahun merupakan seorang wanita […]

Trending Tue, 8 May 2018

Uqasha Nafi Lalok, Percaya Ada Pihak Cuba Sabotaj Dirinya

“Saya tidak ‘lalok’ langsung. Ujian air kencing sudah dilakukan dan keputusannya negatif,” kata pelakon jelita Uqasha Senrose yang ditahan polis selepas disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Eramin 5, semalam.

error: Content is protected !!