Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 12, 2023 @ 8:54pm

[VIDEO] “No Comment” – Aina Abdul Bercinta? Empunya Badan Nafi, Tak Fikir Nak Tamat Zaman Bujang

“No comment,” kata penyanyi Aina Abdul sambil ketawa ketika disoal mengenai dakwaan dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang jejaka.

Menafikan gosip terbabit, pelantun lagu Terus Hidup itu memberi fokus terhadap kariernya sebagai penyanyi.

“Untuk menamatkan zaman bujang tu, belum lagi. Kini saya memikirkan mengenai kerja. Tapi saya tak nafikan, kadang-kadang kita nak berkawan, tapi tak ada yang istimewa.

“Saya tidak pernah menyekat diri sendiri untuk mengenali lelaki dengan lebih rapat. Mempunyai teman mesra buat masa sekarang itu tidaklah, bagaimanapun saya tidak menyekat diri saya untuk bercinta,” katanya.

Mengaku karya yang ditulis dan disampaikan mengambil inspirasi kisah peribadi sendiri, Aina tidak boleh memberi 100 peratus komitmen dalam perhubungan.

“Lagipun, kebanyakan lagu-lagu saya diinspirasikan daripada hubungan peribadi kan. Saya pun manusia biasa, jadi saya berkawan dengan semua.

“Bercakap mengenai ‘crush’, kita mesti suka melihat benda yang cantik, benda yang handsome, benda yang lawa. Something pleasant to my eyes.

“Kadang kita suka melihat, tapi kita tahu kita ni bukan boleh beri 100 peratus komitmen dan kita tak nak kecewakan pasangan tu juga,” katanya lagi.

Aina berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media A Night With Aina Abdul 3.0 yang berlangsung sebentar tadi.

Tiket-tiket untuk menyaksikan A Night With Aina Abdul 3.0 akan mula dijual pada 15 September dengan harga bermula RM98 (Silver) hingga RM458 (MIP) di www.ainaabdul.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 9 Aug 2019

筹备三年!黄彩菱首发EP勇闯华语乐坛

从小受英语教育的Natalia黄彩菱努力筹备了三年,终於正式推出首张个人EP 《I Dare You To》勇闯华语乐坛。

Featured Tue, 27 Dec 2022
Hiburan Thu, 6 Jun 2019

Azira Shafinaz Menemui Jodoh Tetapi….

Azira Shafinaz akui sering ditanya soal kahwin.

Hiburan Thu, 23 Jun 2022
Hiburan Wed, 28 Feb 2018

Panas! Farid Kamil Bongkar Dua Wajah Suspek

” Saya mengaku tidak mengenali dua individu tersebut secara peribadi melainkan mengetahui kehadiran mereka dalam industri hiburan tanah air,” katanya.

Events Thu, 13 Sep 2018
Featured Thu, 8 Sep 2022

Bapa Puteri Balqis Sah Ditahan Reman Atas 3 Pertuduhan!

Jika terbukti bersalah harap dikenakan hukuman yang setimpal.

Featured Thu, 14 Jul 2022

“Masih Banyak Perlu…” – Nyanyian Casablanca Live Dikritik Sumbang, Ini Respons Nuha Bahrin

Alahai, sabar ya Nuha ☺️ Yang penting terus belajar dan tak patah semangat! ❤️

Hiburan Tue, 3 Mar 2026
error: Content is protected !!