Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 28, 2022 @ 2:58pm

[VIDEO] Seriuslah Itu Tuju K- Clique? Terlampau Kurus, Empunya Badan Tepis Dakwaan Ambil D*dah

Tular sebuah video di TikTok memperlihatkan susuk tubuh ahli kumpulan K- Clique, Tuju yang kelihatan kurus mendadak baru-baru ini.

Merisaukan peminat dengan penampilan terkininya, Tuju bagaimanapun menepis dakwaan kononnya dia terlibat dengan bahan terlarang seperti pengambilan dadah.

Tuju atau nama sebenarnya, Mohd Azree Shah Awang Zamree berkata, perubahan susuk badannya yang kurus itu adalah berpunca daripada gaya hidup sihat yang diamalkannya.

“Mana ada saya hisap dadah. Saya banyak berpuasa dan bersenam sekarang. Untuk kesihatan diri sendiri juga.

“Kalau dulu berat badan saya lebih 90 kilogram (kg), sekarang alhamdulillah sudah 70kg,” katanya.

Memetik laporan Kosmo, Tuju mengakui agak susah untuk menutup mulut orang terhadap spekulasi yang timbul malah apa yang terjadi cukup dirinya dan keluarga sahaja yang tahu memandangkan dia kini telahpun bergelar seorang bapa.

“Tidak mengapalah orang nak cakap apa sebab kita memang tak boleh tutup mulut orang.

“Saya berstatus bapa orang sekarang tak bolehlah harap saya macam orang bujang. Makin kita menua, makin kita lebih hargai kesihatan dan itu yang saya buat sekarang.” jelasnya.

Ketika ditanya mengenai ketiadaannya sewaktu perkahwinan salah seorang ahli kumpulan K- Clique, Fareed baru-baru ini, Tuju bagiamanapun enggan menjelaskan mengenai perkara tersebut.

“Ada benda berlaku dalam K-Clique yang saya tak boleh ceritakan sekarang.

“Insya-Allah, apabila tiba waktunya nanti, saya sendiri akan buat penjelasan mengapa dan apa sebenarnya yang terjadi,” ujarnya.

Sehingga kini,  perkongsian video di TikTok milik individu yang dikenali sebagai @asrikamarudin beberapa hari lalu telahpun meraih lebih 700,000 tontonan dengan menerima lebih 69,000 tanda suka.

@asrikamarudin Jarang jarang tak belanja la abg tuju. #joedoh ♬ original sound – Asri Kamarudin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 10 Aug 2022

Gabung Elemen Etnik Jawa & EDM, Aisha Retno Memperkasakan Wanita Dengan Sutera

Sutera lagu Aisha Retno yang memperkasakan kaum wanita.

Hiburan Thu, 31 Jan 2019

Katanya Emma Maembong, Syed Abdullah Sudah Bernikah?

Emma Maembong, Syed Abdullah Didakwa Sudah Bernikah?

Hiburan Fri, 15 Jun 2018

Pick Up Line Coach Yin Buat Sajat Menggelikan!

Apa yang menjadi perhatian dan membuat netizen menyampah dengan tindakan Coach Yin?

Hiburan Thu, 23 May 2019

Tak Mahu Komen Banyak, Kaka Azraff Mohon Maaf

Sempena bulan baik ni, Kaka Azraff ingin memohon maaf jika ada kesalahan yang pernah ‘mengusik’ mana-mana pihak…

Trending Tue, 21 Apr 2020
Trending Tue, 2 Aug 2022

“Proses Pemulihan Sangat Sukar” – Mata Kiri Ben Amir Hampir Buta

Ben Amir hampir buta selepas menimpa kemalangan.

Featured Wed, 28 Sep 2022
error: Content is protected !!