Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 7, 2025 @ 12:48pm

[VIDEO] “Ubat Arwah Akiko Bukan Dirampas, Saya Serah Sendiri Kepada Pihak Berkuasa” – Ridzuan Ridzokumura Sebak Luah Rasa Terkilan

Usahawan dan pempengaruh, Ridzuan Ridzokumura, menafikan dakwaan ubat-ubatan milik Allahyarham isterinya, Akiko Okumura, telah dirampas, sebaliknya dirinya sendiri yang menyerahkannya kepada pihak berkuasa.

Ridzuan, atau nama sebenarnya Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50, menjelaskan dia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang mengendalikan kes kematian isterinya.

Dalam nada sebak, Ridzuan mengakui hatinya terguris apabila laporan mendakwa ubat-ubatan tersebut ‘dirampas’, kerana bimbang kenyataan tersebut boleh mencetuskan salah faham terhadap arwah isterinya.

“Pihak polis minta saya beri kerjasama, semua saya ikut dah bagi keterangan yang jujur. Tetapi saya tak boleh terima kenyataan ubat Arwah Akiko dirampas. Ubat itu bukan dirampas, saya yang bagi minta pihak berkuasa ambil.

“Saya ada hati dan perasaan… Saya jadi sedih sebab dirampas bunyi dia macam dipaksa… Saya teasa hati sangat bila keluar kenyataan ubat Akiko dirampas, bukan dirampas… Itu saja saya nak sampaikan,” katanya menangis teresak-esak.

Ridzuan berkata demikian menerusi sesi siaran langsung yang dilakukannya pada pagi, Jumaat.

‘Badan Masih Lemah, Menggigil’

Berkongsi keadaan terkini, Ridzuan memaklumkan dirinya masih rasa ‘kehilangan’ akibat pemergian mengejut isterinya pada Jumaat lalu, malah kondisinya badannya dikatakan semakin lemah.

“Mereka tahu tak keadaan saya macam ni, saya rasa ‘lost’. saya baru nak tenang tiba-tiba keluar berita macam ni. Badan saya lemah, menggigil badan.

“Saya makin hari makin tak tenang, macam-macam kenyataan yang keluar. Saya jadi lemah sangat-sangat. Kalau saya tak kuat macam mana dengan Sky? Sky tak pergi sekolah lagi, saya tak bagi sebab saya takut dia tertekan,” katanya.

‘Berhenti Hina Arwah Isteri & Anak’

Dalam pada itu, Ridzuan secara terbuka memaafkan segelintir pihak yang melontarkan kata-kata hinaan terhadapnya, namun berharap agar netizen berhenti membuat tanggapan negatif atau mengkritik anak serta arwah isterinya.

“Kepada siapa yang salah anggap, saya maafkan tapi tolonglah kalau nak hina saya pun saya terima. Cuma saya minta sangat jangan hina anak dan arwah isteri, saya tak sanggup. Arwah orang baik, tuhan saja tahu,” katanya.

@xtra_my

Ubat Arwah Akiko bukan ‘dirampas’… Allah. peritnya tengok Ridzuan Ridzokumura menangis teresak-esak 🥹 #fyp #xtra #ubat #akiko #ridzuanridzokumura #menangis #polis #rampas #beritaditiktok #sembangentertainent

♬ original sound – XTRA – XTRA

Terdahulu, pihak polis mengesahkan telah mengambil enam jenis ubat dari kediaman Ridzuan bagi membantu siasatan kematian Akiko Okumura pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, memaklumkan bahawa kes ini masih diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), namun siasatan tetap diteruskan dengan mengambil kira pelbagai aspek.

Artikel Berkaitan: Polis Rampas 6 Jenis Ubat Dari Kediaman Ridzokumura Untuk Siasatan Kematian Akiko

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 20 Nov 2024

“Ini Bukan Detik Bahagia Untuk Sesiapa” – Diana Danielle Perjelas Senyum Bukan Bermaksud Gembira

Diana Danielle Danny Beeson, 32, tindakan senyum adalah kerana menganggap rakan media sebagai kawan.

Hiburan Mon, 23 Oct 2023
Trending Tue, 2 Mar 2021

Hampir 10 Tahun Berlakon, Saharul Ridzwan Keluarkan Duit RM250,000 Untuk…

Pelakon Saharul Ridzwan mengakui dia tidak boleh meletakkan sandaran hanya kepada bidang lakonan semata-mata. Dengan kehadiran bakat baru yang semakin membanjiri dunia hiburan, Saharul kini berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. “Sudah hampir 10 tahun saya berlakon. […]

Hiburan Tue, 11 Jun 2019
Hiburan Thu, 11 May 2023
Featured Mon, 8 Sep 2025
error: Content is protected !!