Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 24, 2023 @ 6:17pm

[VIDEO] Zul Yahya Kayuh Basikal Dari Ipoh Ke Johor Bahru Tanda Solidariti Buat Palestin!

Bekas pelakon dan pelawak, Zul Yahya nekad berbasikal dari Ipoh ke Johor Bahru dan kembali semula ke Ipoh.

Menerusi perkongsian di Facebook, Zul nama sebenarnya Zulkifli Yahya berkata dia ingin melunaskan impiannya itu demi solidariti buat Palestin.

“Usaha saya yang kecil ini bagi menaikkan semangat dan sokongan kita kepada rakyat Palestin.

“Saya juga membawa tabung sumbangan utk sama-sama berkongsi rezeki kepada saudara kita di Palestin

“Ayuh! kibarkan bendera Pelestin di rumah dan di premis anda tanda sokongan dan semangat kita kepada rakyat Palestin.

“Saya nak melihat bendera Palestin sepanjang kayuhan saya. Kibarkan bendera Palestin dimana saja,” tulisnya di Facebook.

Dalam pada itu, pelakon drama Pepaya itu turut menghargai setiap sokongan yang diberikan kepadanya.

“Terima kasih atas sokongan yang kalian berikan, doakan semoga dipermudahkan urusan kayuhan saya pergi dan pulang,” harapnya.

Difahamkan, dia memulakan kayuhan tersebut dari Ipoh pada pagi Sabtu lalu.

Semalam Zul turut berkongsi perjalanannya dari Stadium Kajang menuju ke arah selatan.

Terkini, berdasarkan pemerhatian XTRA, menerusi perkongsian secara langsung di akaun TikTok miliknya, bapa kepada enam orang cahaya mata itu sudah memasuki negeri Melaka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 4 May 2018

Selamat Pengantin Baru Azrinaz!

“Saya juga mahu hidup berpasangan seperti kalian semua lengkap melengkapi dalam meniti hari tua,” tulisnya…

Hiburan Fri, 30 Jun 2023
Hiburan Wed, 25 Apr 2018

Ini Sebab Fendy Bakry Ambil Keputusan Balik Kampung!

Keadaan itu berlarutan hingga sekarang. Dia sedang dirawat di kampung dan kita berharap semua pihak mendoakan kesihatannya…

Featured Wed, 3 May 2023
Contest Fri, 8 Feb 2019

#xtra好康头 | 送你云顶名胜世界「天城室内游乐园」通行证

云顶「天城室内游乐园」蜕变登场! #xtra好康头 将免费送你通行证,让你亲自发掘一场欢乐的嘉年华会。

Hiburan Thu, 14 Dec 2023
error: Content is protected !!