Trending By: SGMS Faida August 2, 2018 @ 3:13pm

Selesai ‘Buat Kerja’, Perompak Ini Minta Maaf…

Pelik tapi benar! Seorang lelaki meminta maaf selepas selesai merompak jiran sendiri dalam kejadian di sebuah pangsapuri Jalan Tun Abdul Razak, malam tadi.

Suspek dilaporkan menulis sebuah nota memohon maaf kepada tuan rumah. Rasa bersalah mungkin?

Hal ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby yang melaporkan lelaki berumur 29 tahun itu memecah masuk rumah seorang guru wanita kira-kira pukul 4.45 pagi.

Katanya, mangsa berumur 28 tahun yang sedang tidur di ruang tamu rumah terjaga apabila terdengar bunyi bising sebelum lelaki terbabit secara tiba-tiba menindih belakang badannya.

“Lelaki itu mengacukan pisau ke leher mangsa dan menyumbat kain ke dalam mulut. Suspek kemudian menghentak kepala mangsa dengan kuat sehingga menyebabkannya lemah dan hampir pengsan.

“Apabila melihat keadaan mangsa lemah, lelaki itu memperkenalkan dirinya bahawa dia jiran sebelah rumah. Mangsa kemudian menyerahkan beg duit miliknya kerana takut dirinya diapa-apakan,” katanya dalam kenyataan di sini, Rabu malam.

Menurut Mohd Ali, sebelum beredar melalui tingkap stor rumah terbabit, suspek memberitahu mangsa bahawa dia telah mengambil duit mangsa berjumlah RM1,400 serta meminta maaf dan memohon supaya mangsa tidak melaporkan perkara itu kepada pihak polis.

“Setelah lelaki itu beredar, mangsa mengemas rumah dan menjumpai satu nota permintaan maaf yang diletakkan lelaki terbabit di bahagian bawah pintu rumah mangsa,” katanya.

Mangsa kemudian memaklumkan perkara itu kepada suaminya yang sedang bekerja supaya melaporkan kejadian itu kepada pihak polis, katanya.

Mohd Ali berkata, polis berjaya menangkap suspek pada Rabu dan merampas wang tunai berjumlah RM1,400, pemotong dawai dan telefon bimbit milik suspek.

“Suspek ditahan reman selama lima hari mulai hari ini,” katanya sambil menambah mangsa telah dua tahun mengenali suspek sebagai jiran. – Bernama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 1 Aug 2023

“Mak Nak Sangat Baju Putih… ” – Luah Rasa Sebak Di IG, Ubai MZ Reda Permergian Ibu Tercinta

Al-fatihah😥 Moga segala urusan ubai dan sha dipermudahkan🌹

Featured Sun, 13 Aug 2023
Trending Thu, 12 Apr 2018

Pemurahnya TMJ, Patutlah Rakyat Johor Sayang

Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengeluarkan sejumlah wang beranggaran RM1 juta untuk membayarkan harga barang-barang keperluan mereka yang sedang membeli-belah di pusat beli-belah AEON Tebrau City.

Trending Tue, 24 Apr 2018

15张「不需要PS」视觉就非常震撼的精彩照片

自然和人类都是伟大的艺术家,当他们联手,可以产生惊人的杰作;捕捉难能可贵的一瞬间、最棒的时机、最棒的构图画面是一名成功摄影师厉害的地方。

Trending Wed, 7 Apr 2021
Hiburan Wed, 23 Aug 2023