Featured By: Salma Syahbuddin August 1, 2023 @ 10:14am

“Mak Nak Sangat Baju Putih… ” – Luah Rasa Sebak Di IG, Ubai MZ Reda Permergian Ibu Tercinta

Pempengaruh media sosial, Ubai MZ kelihatan meluahkan rasa hatinya menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Isnin.

Walaupun reda dengan ketentuan ilahi atas pemergian insan tersayang iaitu ibu tercinta Allahyarham Rohani Jamal, 52, dan adiknya Allahyarham Muhammad Azrullah, 22, dalam tempoh tiga bulan.

Katanya, kehilangan insan tersayang dalam jangka masa yang terlalu dekat merupakan ujian dan dugaan yang sangat besar untuknya sekeluarga.

“Dua kehilangan dalam tempoh masa 3 bulan. Adik pergi sebelum Ubai bertunang, Mak pula pergi lagi beberapa hari sebelum Ubai bernikah. Besar ujian dan dugaan ini.

Persiapan nikah dan sanding semua dah siap. Tetapi Allah maha mengetahui, semua yang jadi pasti ada hikmah,” katanya.

Dalam pada itu, Ubai atau nama penuhnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, berkata, dia akan tetap meneruskan pernikahannya bersama penyanyi, Shila Amzah seperti yang dipesan arwah ibunya.

Malah, Ubai memaklumkan dia telahpun menyediakan pakaian berwarna putih untuk ibunya seperti yang diminta untuk dipakai pada majlisnya nanti.

“Ubai ingat pesan mak, apa-apa yang jadi majlis mesti diteruskan dan jangan tangguh. Saudara mara, kawan-kawan mak, kawan-kawan Ubai, nurse dan  doktor hospital semua tahu mak. Mak pesan kat semua orang pasal majlis kami.

“Untuk nikah and sanding ni, mak nak semua orang pakai baju putih. Mak memang nak juga baju putih. Baju mak pun Ubai dengan Sha dah beli, alhamdulillah mak pakai cantik sangat haritu,” jelasnya.

Bahkan,  Ubai turut berjanji akan menjaga ahli keluarganya kelak.

“Ubai janji dengan mak, Ubai akan jaga Sha, adik beradik dan family yang lain. Mak berehatlah.

“Terima kasih pada yang pernah buat mak tersenyum, tertawa during her fight.

“Terima kasih nurse, doctor dan staff2 PPUM yang jaga mak dari awal hingga ke akhir.

“Terima kasih mak untuk segalanya. Jangan risau mak, anak mak kuat!,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ubaidillah (@ubaimz)

 

Terdahulu, pada 30 Julai lalu, ibu tercinta Ubai telah menghembuskan nafas yang terakhi pada jam 6.45 petang di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat kanser ovari.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 30 Aug 2019

Arca Putrajaya, hasil kerja tangan gadis autistik ini luar biasa cantik!

Wan Jamila hasil lukisan bertemakan Hari kebangsaan

Featured Sun, 18 Jun 2023
Hiburan Mon, 15 Apr 2019
Hiburan Sun, 15 Oct 2023

Beri Bayangan Seakan Tunggu Giliran Jadi Suami Isteri, Azira Shafinaz Serah Soal Kahwin Pada Jodoh

Macam dah ada bau nasi minyak lah.. Semoga dipermudahkan urusan

Featured Mon, 14 Nov 2022
Hiburan Thu, 27 Feb 2020
Featured Tue, 28 Mar 2023
Trending Fri, 17 Dec 2021

Rugi Ratusan Ribu, Fizie Tak Menyerah Kalah

Pengacara Didik TV, Fizie, 33, mendedahkan dirinya mengalami kerugian ratusan ribu ringgit apabila dua perniagaan yang dijalankan terpaksa dihentikan akibat pandemik. Biarpun pahit untuk menerima kenyataan, bekas penyampai radio Hot FM ini terpaksa membuat keputusan […]