Euforia Bola 2026
Featured By: Nurul Hana June 18, 2023 @ 5:50pm

Aina Abdul Gayakan Baju Tema Lampu – “Toto Dah, Tak Sabar Perkakas Rumah Apa Lagi Lepas Ini”

Penyanyi terkenal, Aina Abdul acap kali menerima kecaman netizen mengkritik gaya penampilannya yang didakwa mengganggu pandangan penonton semasa menjadi juri di sebuah rancangan nyanyian televisyen.

ARTIKE BERKAITAN: Kena Kecam Lagi! Busana Aina Abdul Dikritik, Netizen Samakan Dengan Toto Bersama Bantal?

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah Tak Bengkak Kepala, Bengkak Bahu” – Busana Aina Abdul Kena Kritik Lagi

Terbaharu, menerusi perkongsian di Instagram, Aina memuat naik beberapa keping foto dirinya mengenakan busana berwarna hijau bertemakan lampu.

Di ruangan komen, beberapa netizen memuji penampilan Aina, malah mereka tidak sabar untuk menunggu fesyen Aina yang akan datang.

“Ni lah floor lamp terpaling comel sekali. Hope you are feeling much better today. Semoga semakin sihat Amin.

“Saya tak sabar nak tunggu big stage malam ni agak-agak Aina pakai apa ye. We want more we want more! She lampuuu hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur,” puji netizen.

Penampilan wanita berumur 31 tahun itu telah menjadi bahan jenaka wargamaya yang berseloroh dengan mengatakan penampilannya kali ini seperti tiang lampu atau lampu katil.

“Sis, share untuk yang ni pakai bulb mentol yang mana satu ya? Nak order tapi mana eh beg kuning?

“Fesyen tiang lampu pula. Toto dah, lampu tidur dah, saya tak sabar perkakas rumah apa lagi lepas ni,” komen netizen.

Difahamkan, baju bertemakan lampu itu merupakan busana yang Aina gayakan di konsert A Night With Aina Abdul Uni Edition yang berlangsung di Universiti Malaya, malam tadi.

Namun, Aina hanya bergambar dengan kepada lampu terbabit dan penyanyi itu membukanya saat membuat persembahan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Nov 2023
Hiburan Thu, 25 Oct 2018

WOW! ‘ Baby One More Time’ Rai Ulang Tahun Ke 20

Korang masih ingat tak sekitar tahun 1998, lagu ‘Baby One More Time’ memang cukup digilai. Memang lain macam beb!

Featured Fri, 20 Mar 2020

Basuh tangan atau sapu cecair pembasmi kuman?

Apa-apa pun, utamakan kebersihan!

Hiburan Fri, 23 Jun 2023
Trending Sat, 26 Jun 2021

J2: J Retribusi Tembusi Pasaran Brunei

J2: J Retribusi kini tembusi Brunei! Sejarah buat filem aksi pertama Malaysia tahun ini apabila berjaya menembusi pasaran Brunei. Filem yang telah ditayangkan di platform penstriman Disney+ Hotstar ini akan menemui peminat di pawagam Brunei […]

Hiburan Mon, 29 Jun 2026

“Ya, Saya Berlemak… Jangan Kutuk” – Liyana Jasmay Akui Perut Berlapis, Nekad Kembali Diet

Liyana Jasmay, tampil bersikap terbuka apabila mengakui sedang berusaha menurunkan berat badan selepas menerima komen mengenai bentuk fizikalnya.

Hiburan Wed, 6 Dec 2023
Hiburan Mon, 26 Aug 2024

“Sakit Hati Tengok Kami Bahagia Eh?” – Tak Jadi Cerai Dengan Shuk Sahar, Fara Salleh Bidas Individu ‘Bitter’

Aduhai netizen ni tak boleh tengok orang bahagia ke, cuba doa yang baik baik hm

error: Content is protected !!