Euforia Bola 2026
Featured By: Halimey Zamal December 20, 2022 @ 5:47pm

Viral Video Gadis Berpelukan Di Konsert, Ini Reaksi Alif Teega

Personaliti media sosial, Alif Teega memberi teguran kepada gadis yang tular internet kerana berpelukan bersama penyanyi Afgan ketika menghadiri sebuah konsert, baru-baru ini.

@alifteegaKalau korang jumpa Alif peluk tak?🤣♬ Untukmu Aku Bertahan – Afgan

Alif yang selalu muncul dengan kandungan motivasi di laman sosial kecewa dengan tindakan gadis itu dan menasihati individu tersebut supaya menjaga kelakuan.

“Kalau Alif lah, Alif pun akan peluk si Afgan ni, sebab Alif memang minat gila dengan dia. Lagu-lagu dia semua Alif tahu. Tapi yang macam ni tak boleh! ini perempuan, haram!

“Awak tu perempuan tak boleh peluk lelaki. Kahwin dengan Afgan tu dulu barulah boleh peluk dia. Memanglah netizen marah, mereka bukan dengki dapat peluk tapi mereka marah kau tu Islam.

“Nasihat Alif untuk semua, kita ni minat biarlah berpada-pada, biarlah bersederhana janganlah sampai melampau. Malulah kita ni orang Islam, pakai tudung elok lagi tiba-tiba jumpa orang yang kita minat terus gelabah menggeletis macam tu.

“Wahai perempuan tolonglah jangan disebabkan minat, kita hilang rasa malu, hilang harga diri. Takkanlah semurah itu diri awak. Kawal diri, kawal iman dan taqwa. Tapi kalau tak ada iman memang jadi macam ni. Minat ni tak ada masalah, tapi tindakan kita itulah yang membuatkan nak minat pun jadi satu dosa. Apa hal? Muhasabah!” ucapnya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, warganet mengingati satu sama lain untuk menjaga kelakuan masing-masing.

“Yang herannya ramai bersorak nokkk.

“Jagalah maruah kita sebagai perempuan. Semoga Allah lindungi kita semua.

“Betul saya setuju, berpada-pada lah dalam minat tu. Jangan sampai jatuhkan maruah pula,” tulis netizen.

Sewaktu artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima 298,000 tontonan dan lebih 30,000 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 3 Dec 2019

Kapal Kargo Yang Membawa 879 Tan Barang ”Sale” 11.11 Dipercayai Karam?

Kalau betul kesian pada pembeli-pembeli yang setia menunggu barang sale sampai!

Hiburan Wed, 14 Mar 2018

These 15 Dogs are the Luckiest Animals on Earth because They Belong to Celebrities

These dogs get treated with so much care. They get to be hugged, kissed and loved by these celebrities too!

Hiburan Wed, 10 Dec 2025
Hiburan Thu, 26 Mar 2026
Hiburan Wed, 11 Mar 2026

Tonton & Menang: Hantu Puasa Belanja Terbang Ke Seoul! Hanya Strim & Menang Pakej 6H4M Ke Korea!

Kempen Tonton & Menang: Hantu Puasa Belanja Terbang Ke Seoul hadir sebagai satu inisiatif yang menambah kemeriahan suasana Ramadan

Featured Mon, 26 May 2025

“Orang Mana Utara Ke Selatan” – Ustaz Azhar Idrus Sakat Syed Saddiq, Tanya Bila Nak Hidup Berdua

UAI mengusik Syed Saddiq ketika hadir pada sebuah acara baru-baru ini.

error: Content is protected !!