Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 7, 2020 @ 3:50pm

Virus Kluster Sivagangga Dikhuatiri Jenis Super Spreader, 10 Kali Ganda Lebih Pantas Dari Virus Asal

Peningkatan kes dari kluster Sivagangga ternyata mendapat perhatian dari pelbagai pihak. Ianya sekaligus membangkitkan kebimbangan dikalangan masyarakat terutamanya melalui pertambahan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia.

Kluster Sivagangga – 30 individu positif Covid-19

Sehingga kini, 30 individu telah disahkan positif Covid-19 dari kluster Sivagangga. Dan, yang paling menakutkan kluster Sivagangga ini merebak lebih pantas berbanding kluster lain sebelum ini.

Justeru itu, Public Health Malaysia menjangkakan bahawa virus dari kluster Sivagangga ini adalah virus jenis Super Spreader. Bagaimanapun, KKM sedang mengkaji kemungkinan negara berdepan kluster Super Spreader dan masih meneliti jenis virus yang menyebabkan hampir 7 ribu penduduk di Kedah di kuarantin.

Apakah jenis virus ini dikatakan Super Spreader?

Untuk makluman, virus asal Covid-19 adalah berasal dari Wuhan adalah jenis D614.

Dalam tempoh beberapa bulan sahaja, telah berlakunya mutasi pada protein yang berbentuk duri pada virus ini sehingga menyebabkan ianya lebih efektif dan mudah melekat pada reseptor di saluran pernafasan dan ianya didapati mampu berjangkit 10 kali ganda lebih pantas dari virus asal.

Super Spreader mungkin bermula dari Mesir dan Pakistan

Strain virus ini yang telah mengalami mutasi dikenali sebagai D614G yang dimaklumkan berasal dari Mesir dan Pakistan.

Malah, kajian juga mendapati individu yang dijangkiti dengan virus ini mempunyai virus load atau bilangan virus lebih tinggi.

Dan, siapa sangka premis nasi kandar yang kecil ini mampu menjadi epicenter terbaru penularan wabak Covid-19 di Malaysia.

Jadi, terus amalkan dan patuhi SOP yang telah ditetapkan termasuklah memakai pelitup muka di tempat awam dan amalkan penjarakan sosial okay!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 Oct 2025

XTRA XSTAR 2025: Fokus Pada Diri Sendiri & Jangan ‘Busuk Hati’, Remy Ishak Dedah Rahsia Kekal Relevan Dalam Industri

Untuk terus bertahan dalam industri bukan terletak pada saingan atau populariti, tetapi…

Featured Fri, 26 Feb 2021
Featured Wed, 30 Apr 2025

Hael Husaini Kini Bahagia, Bakal Tamat Zaman Bujang Dalam Masa Terdekat

Hel menyerahkan soal jodoh kepada yang maha Esa.

Featured Fri, 25 Aug 2023

[VIDEO] Sharnaaz Ahmad Terbuka Tentang Poligami – “Dalam Al-Quran Lelaki Boleh Kahwin Empat”

‘Kalau isteri pertama boleh terima, kahwin.. Kalau tak boleh, cerai’ – Sharnaaz Ahmad

Trending Mon, 15 Jul 2019
Trending Mon, 20 Apr 2020
Featured Wed, 19 Mar 2025

Memang Legend! M. Nasir Cetus Sejarah, Cipta Raya ‘Konsert Spin Off Lagu Raya’ Pertama Dianjurkan Di Malaysia

Konsert ini akan menampilkan kira-kira 20 buah lagu, dengan 17 daripadanya bertemakan hari raya.

error: Content is protected !!