Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal March 23, 2019 @ 5:06pm

Wanita Meninggal Dunia Sebelum Sempat Anak Disemadikan

Seorang wanita berketurunan Arab yang terbang daripada Jordan ke New Zealand bagi menghadiri majlis pengebumian anaknya yang terkorban dalam serangan keganasan di Christchurch dilaporkan meninggal dunia sebelum jenazah anaknya sempat dikebumikan, akibat serangan jantung, Jumaat lepas.

Media tempatan melaporkan wanita berkenaan yang berusia 64 tahun yang tiba di negara itu beberapa jam sebelum majlis pengebumian bermula mendapat serangan jantung kerana tidak dapat menahan perasaan sedih dengan kejadian yang menimpa anaknay.

Jenazah wanita berkenaan ketika ini sedang iduruskan oleh keluarganya untuk diterbangkan kembali ke Jordan.

Anak kepada wanita tersebut, Kameel Darweash, 38, terkorban dalam serangan berkenaan selepas hanya 6 bulan berhijrah ke New Zealand.

Mangsa dilaporkan sedang menguruskan visa bagi empat orang anak dan isterinya supaya mereka boleh berpindah tinggal bersama-samanya di negara tersebut.

Sumber: Khaleej Times

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 23 Apr 2020

Pelajar IPT Diberi Kelonggaran Pulang Ke Rumah – Perdana Menteri

Semoga mereka dapat pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat..

Trending Wed, 10 Jan 2018

Wanita Maut Dibaham Harimau Sewaktu Berkerja

Dibaham oleh seekor harimau ketika sedang mengumpul data tentang serangga di sebuah ladang kelapa sawit

Hiburan Thu, 3 Apr 2025

Fasha Sandha Terkilan, Pramugari Persoal Duduk Di Tempat Kelas Penerbangan Ekonomi

Fasha Sandha terkilan pramugari persoal duduk di kelas penerbangan ekonomi

error: Content is protected !!