Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir February 14, 2023 @ 7:23pm

“Watak Lailer Memang Sesuai Dengan Dia” – Syifa Melvin Anggap Riena Diana ‘Bimbo’ Gara-Gara…

Pelakon dan pempengaruh media sosial, Syifa Melvin berkongsi momen ketika ingin memaklumkan kepada rakan-rakan tentang berita perkahwinan.

Menerusi perkongsian di TikTok @bonnorhidayah, Syifa membuat siaran langsung di platform itu dan memberitahu ada rakannya yang sudah mengetahui berita tersebut sebelum dia sendiri yang memaklumkannya.

Menurut Syifa, rakannya itu adalah pelakon Kampung People, Riena Diana yang dianggap ‘perosak suasana’ di mana dia sudah mengetahui berita itu daripada pelakon Rozita Che Ta atau Che Ta.

Malah, adik kepada Syatilla Melvin ini turut menggelarkan Riena sebagai seorang yang bimbo dan watak Lailer di dalam Kampung People sangat bersesuaian dengan sifatnya di dunia nyata.

“Selepas habis makan, Syifa buat isyarat mata dengan Jaja (kawan rapat). Selepas itu Syifa kata ‘guys buka group’. Sebab aku dah hantar video e-invitation tu tapi seekor pun tak buka handphone.

“Lepas itu, depa macam ‘kau nak kahwin ke?’. Tapi hampa tahu tak, siapa yang potong stim, siapa yang potong cerita… Riena. Perempuan tu watak Lailer itu memang sesuai dengan dia.

“Bimbo, lembab, bodoh-bodoh. Sesuai dengan dia. Dia tak terkejut tau. Hampa tahu dia kata apa, ‘aku dah agak dah. Che Ta beritahu aku, kau nak kahwin November ini, sebab tu aku diam saja’.

“Pastu tanya macam mana Che Ta tahu, Tilla habaq Che Ta. So, sekarang ini aku nak salahkan Che Ta, nak salahkan Tilla,” katanya.

@bonnorhidayah cantik tak eyebrow syifa pakai tu? tu free je tau tapi kena beli mascara baru dapat free eyebrow tu tau 😝 #adikberadikthemelvin #syafiqamelvin #syidamelvin #syifamelvin #WTMWdanceoff #syatillamelvin #themelvins #eyebrowtutorial #eyebrow #mascarakekasih #mascarakekasihsenangremove ♬ original sound – BonNor Hidayah

Mahukan kepastian, Syifa bertanyakan kepada kakaknya, Syatilla sama ada telah memberitahu Che Ta tentang berita perkahwinannya itu.

“Aku tanya dia (Syatilla), ‘Hang pi habaq dekat Che Ta ka aku nak kahwin?’. Tilla jawab ‘Ye ke aku habaq, aku tak ingat la’. Lepas tu, Syida terus kata ‘Riena hang ni buat-buat saja la terkejut’.

“Jauh betul cerita tersebar, sebab Riena shooting dengan Che Ta. Memang sumpah watak Lailer tu memang dia yang sebenar si Riena tu.

“Sebab itu kami tak terkejut dia bawa watak itu. Sebab memang itu dia,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Syifa telah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Safawi Rashid pada 28 November tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 30 Apr 2025
Hiburan Tue, 30 Apr 2019

Baim Wong Gembira Isteri Mula Masuk Dapur

Dia sedar apa yang dilakukannya terhadap suami akan mendatangkan pahala, jadi…

Hiburan Fri, 20 Dec 2019
Hiburan Fri, 29 Mar 2024

Lesap RM60,000 Beli Tanah, Individu Dakwa Ditipu Datuk Red… Ibu Mangsa Terpaksa Keluar Duit KWSP Bayar Tunai

Individu dakwa Adira melenting bila bawa bincang? Semoga baik baik je la

Featured Sat, 6 Nov 2021

Filem Tempatan Prebet Sapu Akan Ke Oscars

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah memilih filem ‘indie’ Prebet Sapu arahan Muzammer Rahman untuk mewakili negara ke anugerah akademi Oscars ke-94 yang akan berlangsung pada 27 Mac tahun hadapan di Los Angeles, Amerika […]

Hiburan Sat, 11 Aug 2018

小鲜肉Lee被粉丝突袭抱抱 Mook钟爱大马食物

配合《我亲爱的失败者》三部曲即将在全马首播,其中系列《怪物浪漫》男女主角Lee和Mook来马宣传!见面会上,小鲜肉Lee被粉丝突袭环腰抱抱吓得傻笑,而女神Mook则钟爱大马食物。

Hiburan Mon, 11 Jun 2018

Zizan Bakal Pindah Ke Indonesia?

Raffi Ahmad nampak kemampuan saya dan masa depan dalam industri perfileman di sana. Cayalah Zizan!

error: Content is protected !!