Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 25, 2025 @ 12:23pm

Whulandary Jaga Adab, Siap Minta Izin Zahirah Macwilson Berlakon Dengan Aiman Hakim

Pelakon Indonesia, Whulandary Herman mendedahkan dia ada menghantar pesanan langsung kepada pelakon Zahirah Macwilson sebelum menjayakan babak lakonan bersama suami aktres itu, Aiman Hakim Ridza.

Kata Whulandary, itu adalah inisiatif yang diambilnya sebelum melakonkan adegan-adegan mesra yang terdapat dalam drama bersiri terbaharu lakonannya bersama Aiman berjudul, Bad Cop.

Jelasnya, pendekatan itu diambil untuk mengelak wujudnya salah faham antara mereka memandangkan kedua-dua pihak juga saling mengenali antara satu sama lain.

“Apa yang paling sukar untuk lakonkan watak Ivy ialah ada beberapa babak yang sangat rapat dan buat saya berasa malu dan segan dengan Aiman.

” Tidak tahulah, sama ada saya perlu lakukannya atau tidak tetapi itu adalah cara saya menghormatinya. Contohnya, mungkin ada babak yang memerlukan saya memegang tangan suaminya atau menatap penuh rasa cinta.

“Pada masa sama, kami dan anak-anak saling berkawan dan sesuatu yang janggal kalau saya tidak maklumkan apa-apa kepadanya,” katanya.

Whulandary berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di set penggambaran drama bersiri Bad Cop  yang diadakan di Damansara, Petaling Jaya baru-baru ini.

Zahirah beri ‘greenlight’

Mengulas lanjut, Whulandary memaklumkan, Zahirah menyambut baik tindakan profesional yang ditunjukkan pemenang Puteri Indonesia 2013 itu sekaligus berterima kasih kepadanya kerana bertindak sedemikian.

“Dia memberi respons yang sangat baik dan minta saya lakukan apa yang sepatutnya serta berterima kasih kerana memberitahunya.

“Dia pun okey dan memkalumkan Aiman juga memaklumkannya mengenai perkara itu,” jelasnya.

Selain itu, Whulandary juga menganggap tindakan meminta izin yang dilakukannya bukanlah satu perkara yang taboo.

Ini kerana, ia bertujuan menghormati sebelah pihak dan menjaga adab terutama bila bergandingan bersama suami orang.

“Itu cara saya hormat. Mungkin adab juga terutama bila berlakon dengan suami orang.

“Saya buat begitu sejak dulu. Ketika berlakon di Jakarta pun saya lakukan perkara sama,” ujarnya.

Selain Whulandary, Bad Cop turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti, Aiman Hakim Ridza, Mellisa Campbell, Siti Saleha, Tony Eusoff, Harvith Skin, Razib Salimin dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 11 Apr 2021

Tamat Zaman Anak Dara Pada Usia 48 Tahun Dengan Lelaki British, Haliza Misbun Dapat Hantaran Sebuah Rumah

Aktres popular 1990-an, Haliza Misbun, 48, selamat bergelar isteri kepada duda anak satu yang juga lelaki warga British, Matthew John Rodgers, 48, dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Ar Rahah, Kerinchi, Kuala […]

Filem Fri, 2 Jun 2023
Hiburan Tue, 25 Sep 2018

Deja Moss Buntu Suami Mahu Cerai Tanpa Alasan

Saya tidak tahu puncanya kerana sebelum dia keluar rumah itu hubungan kami baik. Sebulan lepas dia keluar, dia mula mesej saya bukan-bukan…

Hiburan Mon, 11 Sep 2023
Hiburan Tue, 18 Jun 2024

Tular Foto Berbaju Pengantin, Aishah Kahwin Lagi?  

Wah kalau betul tahniah kak Aishah

Featured Wed, 7 Dec 2022

Doa Dikurniakan Jodoh Di Jabal Rahmah, Liya Maisarah Idamkan Lelaki Soleh

Pempengaruh terkenal, Liya Maisarah tular di media sosial setelah memuat naik hantaran di TikTok dirinya sedang menunaikan ibadah Umrah. @liyamysarah.dsiJabal Rahmah, Bukit kasih sayang 🤍 Tempat Nabi Adam & isterinya Hawa bertemu kembali selepas ratusan […]

familuv Mon, 23 Mar 2020
Hiburan Wed, 4 Jul 2018

Wah! Ini Mungkin Berita Paling Best Untuk Peminat Haqiem Rusli

Haqiem atau nama lengkapnya, Ridzuan Haqiem Rusli turut memohon maaf jika ada yang terasa dengan tulisan atau kata-katanya di media sosial.

error: Content is protected !!