Hiburan By: Del14 December 6, 2019 @ 3:20pm

Remy Ishak, Izara Aishah Wajah Baru Hariz Dan Izzah Dalam Ombak Rindu The Series

Siapa ingat filem Ombak Rindu yang diadaptasikan dari novel karya Fauziah Ansari, lakonan Aaron Aziz sebagai Hariz dan Maya Karin sebagai Izzah? Kini, novel trilogi ke-2 dan 3 Ombak Rindu kembali dalam bentuk drama bersiri 4 bahagian iaitu Ombak Rindu The Series di iflix bermula pada 5 Disember 2019. 

Drama bersiri ini menghimpunkan barisan pelakon handalan Malaysia seperti Remy Ishak dan Izara Aishah sebagai teraju utama Ombak Rindu iaitu Hariz dan Izzah, pasangan kekasih yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam drama penuh romantis hasil karya paling laris oleh penulis novel, Fauziah Ansari. 

Pada tahun 2011, filem Ombak Rindu yang diadaptasi daripada novel cinta tajuk yang sama berjaya menjadi box office dengan kutipan melebihi RM10 juta! Selang lapan tahun kemudian, iflix, dengan kerjasama Infinitus Productions dan pengarah tersohor Osman Ali, menyambung legasi filem Ombak Rindu dengan pembikinan drama 4 bahagian bagi melengkapkan kisah cinta antara Hariz dan Izzah.

“Ombak Rindu masih merupakan drama romantik yang paling disebut-sebut di Malaysia.  Walaupun 8 tahun telah berlalu, peminat filem Ombak Rindu masih tertanya-tanya apakah kesudahan kisah cinta di antara Hariz dan Izzah.  

“Kami sangat teruja untuk menyempurnakan tanda tanya para peminat di luar sana dengan olahan yang lebih moden, lakonan hebat dan dipersembahkan melalui idea kreatif pengarah Osman Ali.  

“Nantikan lokasi yang lebih memukau, kisah romantik lebih hebat dan jalan cerita yang penuh kejutan…ini bukanah drama TV yang biasa-biasa,” kata Mark Francis selaku Ketua Pegawai Konten iflix. 

Pengarah tersohor negara, Osman Ali yang mengarahkan Ombak Rindu The Series berharap drama bersiri 4 bahagian ini dapat menambat hati peminat dengan dengan memberi mereka pengalaman baru melalui adaptasi novel romantik paling epik dengan pendekatan dan wajah-wajah baru seperti Remy Ishak, Izara Aishah, Datin Diana Danielle, Hanna Aqeela dan Uqasha Senrose.

“Melihat pada fenomena yang dicetuskan oleh filem Ombak Rindu, kami amat berharap penonton akan seronok dan teruja apabila menonton Ombak Rindu The Series dimana kami merasakan yang ianya cukup rencahnya dari segi pelbagai elemen yang dipaparkan – cinta, hasad dengki, dendam, cemburu, kebaikan, keinsafan dan kekeluargaan,” ujar Gayatri Su-Lin Pillai, Penerbit Eksekutif Infinitus Productions. 

Kredit Foto: Instagram @izaraaishahofficial & @iflixmy

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 29 Jul 2019

‘Berada’ Taruhan Baharu Aman RA, Altimet, Noh Salleh

Lagu yang berunsurkan pengajaraan ini juga mengunakan “wordplay” perkataan Berada (berharta), Berada (kedudukan) dan Brader (Persaudaraan).

Featured Tue, 4 Jul 2023

Balik Rumah Atau Tak, Yusof Haslam Enggan Komen Isu Syamsul Yusof Lagi?

Kita doakan yang baik-baik untuk keluarga ini okay!

Featured Fri, 30 Jul 2021

Harapan Negara, Nur Dhabitah Mara Ke Separuh Akhir Olimpik Tokyo 2020

Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri berjaya mara ke saingan separuh akhir acara terjun 3 meter (m) papan anjal individu wanita selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam peringkat kelayakan di Pusat Akuatik Tokyo pada Jumaat. Nur Dhabitah […]

Hiburan Mon, 26 Sep 2022

Tidak Beri Nafkah Anak 10 Tahun, Cliff Umar ‘Lari’ Untuk Ditemubual Media

Hmm kesian anak-anak.. Semoga segala urusan boleh diselesaikan dengan baik

Hiburan Fri, 28 Feb 2020

启动全球亚洲心动娱乐!重兵进驻马来西亚打造影视城

亚视进攻OTT平台,启动全球亚洲心动娱乐;同时亦宣布四大区域管理层,并誓言将重兵进驻马来西亚打造影视城。

Hiburan Wed, 8 May 2019