Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 10, 2025 @ 4:24pm

Yonnyboii Tak Hilang, Kini Fokus Besarkan Anak – “Kami Tak Ada Pengasuh, Semua Buat Sendiri”

Sudah lama menyepi, penyanyi Yonnyboii bukanlah menghilang atau lari dari industri seni hiburan tanah air sebaliknya, sibuk menghabiskan masa bersama anak sulungnya, Kairo.

Kata Yonnyboii ketika ditemui XTRA, dalam tempoh satu tahun ini, dia dan isteri, Nik Nazira Narriman fokus membesarkan anak mereka.

“Tempoh setahun lebih ini, saya banyak memberikan fokus kepada anak saya. Dan dalam masa empat tahun, saya nak berikan fokus yang lebih kepada anak berbanding karier.

“Tapi tak bermakna saya akan tinggalkan kerjaya saya. Saya ada studio sendiri, jadi bila ada kelapangan, saya tetap berkarya.Insha-Allah, bulan depan saya akan keluarkan single baharu.

“Pada saya buat masa ini saya nak ada lebih banyak masa bersama dengan dia sebab masa depan mungkin saya tak ada banyak masa sangat dengan dia. Orang kata momen beginilah yang kita sebagai ayah akan rindukan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 👑 (@yonnyboii)

Yonnyboii atau nama penuhnya,  Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin berkata demikian ketika ditemui usai majlis sidang media Latihan Pestapora Malaysia yang diadakan di The Campus, Ampang baru-baru ini.

Mengulas lanjut, dia bersyukur kerana semenjak bergelar seorang ayah, ibu mentua dan isteri adalah tulang belakang yang banyak membantunya.

Sekaligus, mendedahkan dia tidak mempunyai pengasuh sejak anaknya itu dilahirkan kerana bimbang dengan pertolongan orang luar.

“Walaupun sibuk saya ada isteri dan mak mentua yang banyak membantu saya.

“Ini satu pengalaman yang baharu buat saya walaupun sibuk semua benda disenangkan. Saya harap dapat tengok anak saya membesar dengan baik.

“Kami pun memang tak ada pengasuh, semuanya kami lakukan sendiri.

“Sebab banyak isu yang tular macam kes culik, kes pukul dan kes di pusat penjagaan.

“Kalau sibuk macam mana pun, kami akan cuba juga untuk jaga anak sendiri. Kalau ada show di luar saya akan bawa anak juga sebab saya dan isteri kurang sikit percayakan orang luar,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, selain Yonnyboii, Hindia, Barasuara x Efek Rumah Kaca, Feel Koplo, Kunto Aji dan Pamungkas, Bittersweet, Bunkface, DOLLA, SonaOne, Salammusik dan ramai lagi artis Malaysia dan Indonesia akan bergabung menggegarkan Latihan Pestapora yang diadakan di The Surf Beach, Sunway Lagoon pada 26 Julai depan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 26 May 2018
Featured Mon, 20 Mar 2023
Hiburan Wed, 12 Feb 2020
Hiburan Tue, 6 Aug 2019

E! News Digs Indonesian Singer-Songwriter Tulus’ Secrets to Staying Primed

Another week, another hot episode from E! News! And just like how they on do every Monday, E! News is bringing you the latest news in fashion and beauty. In this week’s episode, an Indonesian […]

Trending Fri, 18 Oct 2019

Kematian Pesakit Di Perak Mungkin Akibat Virus Lain

Virus Zika disebarkan menerusi nyamuk Aedes

Featured Mon, 25 May 2020

Dua rakyat Malaysia kongsi sambutan Syawal di Taiwan ketika COVID-19

Hari Raya disambut dengan lebih berhati-hati

error: Content is protected !!