Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 29, 2023 @ 12:55pm

Yusof Haslam Mohon Doakan Yang Terbaik Buat Puteri Sarah & Syamsul, Minta Jangan Layan Gangguan Keluarga Kazar

Pelakon dan penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam mengaku sentiasa mendoakan yang terbaik buat bekas menantunya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin  susulan isu diganggu oleh pihak keluarga pelakon Kazar Saisi baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro, Yusof bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut berhubung isu tersebut kerana menganggap isu saman-menyaman ini tidak akan pernah habis.

Biar dan serah pada Sarah

Katanya, dia juga telah berbincang dengan isterinya, Datin Patimah Ismail berkenaan isu yang berlaku, namun dia diminat untuk tidak memberikan komen dan menyerahkan segala keputusan kepada Sarah.

“Saya bincang dengan isteri saya dan dia nasihatkan supaya jangan komen apa-apa. Benda dah berlarutan. Biar dan serah kepada Sarah. Saya doakan yang terbaik.

“Kalau boleh, elaklah saman menyaman ini kerana tak ke mana pun saman menyaman ini.

“Tak manis untuk saya komen lebih-lebih sangat. Saya doakan yang terbaik untuk semua, termasuklah Syamsul dan cucu-cucu saya,” katanya.

Meskipun begitu, dia dan isteri bersyukur proses perceraian yang berlaku pada 14 Julai lalu antara anaknya dan Sarah berjalan dengan baik.

“Biar Allah menentukan takdir kita. Kalau takdir baik, Alhamdulillah baik. Bagi saya, biar semuanya selesai secara baik dan takdir menentukan segalanya.

“Apa pun yang berlaku, kita bersyukur, Alhamdulillah kerana mereka sudah berpisah secara baik. Kita pun tidaklah menghina mana-mana pihak. Jangan kata kami nak menghina pihak sana atau apa. Tidak,” jelasnya.

Minta Sarah terus sabar dan jangan layan kecaman

 

Dalam pada itu, Yusof juga memaklumkan hampir sebulan dia tidak berjumpa dengan bekas menantunya itu namun mereka masih berhubung melalui pesanan WhatsApp.

Bahkan, dia sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada Sarah selain memintanya untuk bersabar dengan segala kecaman dan kutukan.

“Saya dah sebulan tak jumpa Sarah, tapi ada berhubung melalui WhatsApp. Apa yang boleh saya doakan, saya cakap kepada dia, sabar.

“Kita tak boleh nak mengelak kecaman atau kutukan. Bahkan ahli politik pun kena kutuk dalam zaman sekarang. Cumanya, jangan dilayan untuk elakkan ia berpanjangan,”jelasnya.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 2 Jan 2019

Liyana Jasmay ‘Tunjuk Taring’

LJ bakal tampil dengan filem terbaru beliau. Nak tahu apa ? Jom klik artikel ini

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

Heo’s Diner: Pengembaraan Kulinari Merentas Mara Yang Penuh Misteri & Keajaiban!

Tayangan serentak dengan Korea, Heo’s Diner hanya di Tonton

Hiburan Fri, 29 Nov 2019

Kunjungan Kali Ketiga, Aaron Aziz Teruja Bawa Keluarga Mengerjakan Umrah

Semoga Aaron dan family dapat umrah yang mabrur

Featured Tue, 9 Jan 2024

[VIDEO] Meerqeen Kantoi Ajak Keluar ‘Dating’? Ini Respons Ameera Khan… Lucu!

Pelakon sensasi, Meerqeen mencuri perhatian selepas videonya bersama pempengaruh yang juga adik kepada Neelofa, Ameera Khan tular di TikTok. Menerusi perkongsian tersebut, Ameera sedang bersedia untuk sesi siaran langsung menjual produk kecantikan dibawah jenama keluarganya […]

Hiburan Wed, 16 Jan 2019
Hiburan Tue, 6 Nov 2018
Featured Thu, 13 Nov 2025
Events Fri, 11 Feb 2022
Hiburan Tue, 16 Jan 2024
Hiburan Thu, 27 Feb 2025

Baim Wong Didakwa Kasari Paula Verhoeven, Rakaman CCTV Jadi Bukti di Mahkamah

Paula Verhoeven bawa pakar forensik di perbicaraan cerai, dakwa dikasari Baim Wong

error: Content is protected !!