Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 18, 2024 @ 4:17pm

Zarina Anjoulie Tak Kisah Dikritik Buat Pembedahan Hidung… Siap Kongsi Foto Sebelum & Selepas  – “Bahagian Sisi Saya Nampak Lebih Menarik”

Pelakon Zarina Anjoulie atau lebih mesra dengan panggilan Anju berpuas hati dengan hasil pembedahan hidung yang dilakukannya beberapa bulan yang lalu.

Katanya, dia tidak menyesal melakukan pembedahan tersebut apatah lagi selepas melihat hasilnya dan mengakui bahagian sisinya kini kelihatan lebih menarik.

Justeru, dia tidak kisah sekiranya ada pihak yang mengkritik atau mengecam tindakannya melakukan pembedahan rekonstruktif hidung.

“Saya tak menyesal buat pemebdahan hidung terutamanya bila ada penggambaran kerana sudut sisi saya tampak lebih menarik.

“Saya tidak peduli apa yang anda katakan. Ada orang kata nampak hidung saya makin menonjol. Tapi itulah dia perubahan selepas melakukan pembedahan. Kalau nak nampak sama buat apa buat pembedahan,” katanya.

Perkara itu dikongsi Anju atau nama penuhnya, Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, 37, menerusi hantaran di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

 

Dalam pada itu, Anju menerusi hantaran yang berlainan pula tampil berkongsi beberapa foto miliknya sebelum dan selepas menjalani pembedahan bagi mengelakkan warganet terus berdebat mengenai isu tersebut,

“Cerita macam Anju reconstuct my whole face as if saya ni macam hodoh sangat la sebelum baut hidung dan jawline.

“Bukannya saya tukar my whole face. Kalau saya ni hodoh buat surgey apa pun nothing can’t save an ugly face,” katanya.

Bagaimanapun, hantaran tersebut telahpun dipadam Anju beberapa jam selepas muat naik tersebut dibuat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 Feb 2019

10 Tahun Jadi Anak Seni, Remy Ishak Hasilkan SEDEKAD

Pelakon serba boleh, Remy Ishak mengumumkan bakal melancarkan buku mengenai dirinya pada ulang tahun 11 April ini. Kata hero Pujaan Hati Kanda ini, rancangan untuk menerbitkan naskah mengenai perjalanan dirinya sebegai anak seni sudah lama […]

Hiburan Sun, 22 May 2022
Hiburan Wed, 22 Oct 2025
Hiburan Wed, 25 Sep 2024
Hiburan Sun, 25 Aug 2024
Hiburan Mon, 1 Jan 2018

12千人潮齐倒数迎新年 何念慈将推出个人写真集

槟城《嗨Fun Mmall跨年演唱会》圆满结束,当晚吸引12千人潮齐倒数迎新年!而大马网络女神Michiyo何念慈也为歌迷捎来好消息,透露将于2018年推出个人写真集及发专辑。

Hiburan Tue, 20 May 2025

Pakai Tudung Nampak Rambut, Netizen Harap Tya Arifin Terus Istiqamah Jaga Aurat

Tya Arifin pakai tudung nampak rambut, netizen doa istiqamah

error: Content is protected !!