Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom August 26, 2018 @ 12:00pm

10 Selebriti Dikatakan Memiliki Sepasang Mata Cantik, Jom Kita Lihat Siapakah Mereka

Setiap manusia diciptakan Tuhan unik. Ada yang cantik kerana rupa paras menawan, susuk tubuh lampai, genit menggoda, ada yang berambut ikal mayang dan tidak kurang anggun berambut pendek.

Intinya adalah, setiap manusia diciptakan dengan kelebihannya masing-masing. Namun, sepasang mata yang mempesona memang bisa membuatkan sesiapapun jatuh cinta kerana itu wujud istilah ‘dari mata jatuh ke hati’.

Di dunia selebriti Hollywood, ada 10 selebriti dilahirkan dengan sepasang mata indah. Siapakah mereka, lihat 10 senarai di bawah ini.

1. Angelina Jolie

Adalah satu hal prejudis jika bercakap tentang mata yang cantik, namun tidak memperkatakan kecantikan sepasang mata biru milik Angelina Jolie. Wanita dengan profil lakonan hebat juga pemilik himpunan anugerah itu yang sentiasa mempamerkan dedikasinya dalam aktiviti kemanusiaan turut disebut sebagai selebriti Hollywood dengan ulas bibir mungil lagi seksi! sehingga dianggap wanita terseksi di dunia.

Foto Kredit : glamsquadmagazine.com

2. Aishwarya Rai Bachchan

 

Foto Kredit : dubaistandard.com

3. Amber Heard

Amber Heard mempunyai wajah yang paling indah di dunia dan gelaran itu tidak diberi orang ramai sebaliknya Sains memperakuinya. Ini kerana struktur wajah Heard dikatakan sempurna. Malah dia juga mempunyai sepasang mata yang cukup menawan. Kalau tak percaya, lihatlah matanya!

Foto Kredit : wallpapersite.com

4. Gigi Hadid

Halaman demi halaman muka surat untuk menceritakan tentang kecantikan gadis bermata biru-hijau yang memukau ini, siapa lagi kalau bukan Gigi Hadid. Matanya memang bisa membuat hati sesiapapun cair.

Foto Kredit : hdwallpaperslife.com

5. Mila Kunis

Pelakon yang memulakan karier seawal usia 15 tahun di dalam siri TV hit ‘It 70s Show ‘ itu, membesar sebagai seorang wanita cantik dan aktres yang serius. Menderita penyakit heteochromia, namun itu memberikannya keistimewaan di mana dia memiliki dua warna mata yang berbeza. Kiri beliau adalah hijau terang, sedangkan mata kanannya jauh lebih gelap, hampir coklat. Walau bagaimanapun, dunia tidak boleh berhenti menatap matanya yang besar, penuh tarikan dan keunikan.

Foto Kredit : lusco-fusco.com

6. Adriana Lima

Supermodel terkenal kebanggaan wanita Latin bersal dari Brazil ini mempunyai sepasang mata biru yang cukup seksi, misteri dan ibarat magnetik yang membuatkan kita sukar untuk melepaskan pandangan terhadapnya. Pada usia 36, Lima adalah salah seorang model yang paling lama memegang gelaran Angel, Victoria Secret.

Foto Kredit : Vanity Fair

7. Charlize Theron

Theron mungkin merupakan wajah pertama yang timbul dalam fikiran anda. Bermula sebagai model, keperibadiannya yang kuat, mata hijau cantik, dan persembahan dalam lokonan sehigga memenangi anugerah menjadikannya salah seorang pelakon paling diinginkan di Hollywood.

Foto Kredit : youtube.com

8. Megan Fox

Selebriti seterusnya ini memang seksi. Walaupun keseksian dan bibir seksinya lebih diperkatakan tetapi sepasang mata birunya itu menjadikan Fox kelihatan super sexy!
 

Foto Kredit : followingthenerd.com

9. Margot Robbie

Satu lagi kecantikan bermata biru dalam senarai adalah, Margot Robbie yang memulakan kerjayanya di dalam industri perfileman Indie di Australia. Dia kemudian membintangi siri opera iaitu sebuah karya komedia gelap  berjudul ‘The Wolf of the Wall Street’. Terdapat banyak tulisan tentang matanya yang ghairah sehingga disenaraikan salah satu mata paling seksi di dunia.

Foto Kredit : denofgeek.com

10. Emma Stone

Apa yang ingin anda katakan mengenai aktres dengan bayaran tertinggi ini yang pernah memenangi anugerah tertinggi lakonan Academy Awards, Bafta Awards dan Screen Actor Guilds? Tentu saja anugerah sepasang mata yang cantik selain wajahnya yang menawan. Berwarna hijau dengan coklat hazel, matanya berkilau seperti permata.

Foto Kredit : vogue.com

Sumber: Merdeka Com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 9 Mar 2020
Oh Lawa Tue, 1 Jan 2019

Dulunya ‘Kanak Kanak Paling Cantik’, Kini Diangkat Pula Sebagai Wanita Tercantik Dunia!

Pemilihan Blondeau bukanlah satu kejutan kerana dia sememangnya cantik!

Oh Lawa Mon, 23 Apr 2018

Wow! Makeup Musang King Kini Di Pasaran. Pencinta Durian Wajib Beli!

Lipstik perasa durian? Macam pelik tapi nampak menarik!

Featured Mon, 20 Apr 2020
Featured Mon, 19 Aug 2019

Lihat 20 tag pakaian ini. kelakar habis!

kreatif sungguh! rugi kalau tak tengok

Oh Lawa Fri, 22 Mar 2019
Oh Lawa Wed, 11 Apr 2018

Buntu Dengan Warna Tema Raya Tahun Ini? Ultra Violet Pasti Mengancam

Menerusi kajian Pantone, Ultra Voilet membawa pengertian harapan dan optimisme yakni dapat memberi semangat baru di tengah kekalutan dunia yang dicemari pelbagai agenda dan propaganda.

Oh Lawa Wed, 22 Aug 2018

Ais Kiub Aloe Vera Boleh Kecutkan Jerawat. Ini Cara Membuatnya

Aloe vera ini 100% selamat untuk kulit wajah anda.

Oh Lawa Thu, 1 Feb 2018

Tutorial Hijab by Nabila Razali

Penyanyi yang kini popular dengan lagu Pematah Hati, Nabila Razali berkongsi tutorial pemakaian tudung bawal yang dievolusikan menjadi gaya shawl. 

error: Content is protected !!