Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops March 19, 2019 @ 2:00pm

10 tanda halus suami masih tergila-gilakan anda

Kebanyakan hubungan suami isteri akan berubah, selari dengan peredaran masa, dari perasaan cinta yang membuak ke hubungan yang lebih relaks.

Perubahan ini menyebabkan ramai individu menganggap bahawa pasangan mereka tidak lagi mencintai mereka seperti dahulu.

Tetapi menurut ahli psikologi Stan Tatkin, ia tidak semestinya benar. Di bawah ini ialah 10 tanda halus yang membuktikan suami anda masih ada perasaan sayang terhadap anda.

1. Dia merenung mata anda

Apabila anda berdua menikmati sajian makan, dia tidak memandang ke arah lain melainkan mata anda, dan dia mendengar kata-kata anda dengan penuh perhatian.

Menurut kajian oleh ahli psikologi Zick Rubin, pasangan yang saling mencintai akan memandang mata masing-masing 75 peratus daripada sepanjang masa. Orang biasa yang berkomunikasi pula akan memandang satu sama lain hanyalah sebanyak 30 ke 60 peratus.

2. Dia membiarkan anda buat pilihan apabila anda berdua keluar untuk temu janji

Anda mungkin akan ingat yang dia tidak menunjukkan minat tetapi ahli psikologi Paul Coleman berkata apabila lelaki sedang dilamun cinta, mereka selalunya tampak tidak bersemangat berbanding dengan wanita.

“Ini disebabkan oleh tahap serotonin dalam badan mereka. Tahap serotonin yang tinggi dalam kalangan golongan wanita menyebabkan mereka rasa gembira dan ingin mempamerkannya.

“Sebaliknya, tahap serotonin dalam diri lelaki lebih rendah. Mereka rasa gembira dengan hanya bersetuju dengan pilihan anda,” katanya.

Daripada rasa marah atau kecewa, ambil peluang ini untuk mencuba sesuatu yang baru.

Foto: Adamkaz/Getty

3. Dia menyebut nama anda ketika anda menjalinkan hubungan kelamin

Sudah menjadi perkara biasa untuk memanggil pasangan anda “sayang” sepanjang hari. Tetapi Stan berkata jika suami anda menyebut nama anda ketika anda bersetubuh, itulah tanda dia betul-betul fokus kepada diri anda dan tidak ingin berintimasi dengan orang lain.

Jika dia memandang mata anda ketika itu, ia menunjukkan yang anda sahaja yang ada di fikirannya.

4. Dia mencintai anda secara senyap

Ketika anda baru berpacaran, mesti pasangan anda rajin menunjukkan kasih sayangnya. Tetapi jika anda sudah berkahwin bertahun lamanya, ada kemungkinan yang ‘pameran cinta’ ini semakin pudar.

Jangan risau; Stan berpendapat suami anda mempamerkan rasa cintanya dengan cara lain.

“Pada tahap awal semua hubungan percintaan yang sihat, keterujaan yang dirasakan pasangan itu akan menghasilkan banyak dopamine di dalam badan mereka.

“Samalah juga apabila penagih dadah mengambil dadah kegemaran mereka. Rasanya seronok tetapi ia hanya sementara,” katanya.

5. Dia akan mengikut anda ke majlis keramaian tanpa merungut

Cuba bayangkan situasi ini: rakan anda mengadakan parti dan anda tahu suami anda langsung tidak berminat untuk pergi. Apabila anda mengajaknya juga, apakah reaksinya?

Jika dia terus setuju tanpa memberi alasan, itu bermakna dia menyayangi anda.

Menurut penulis buku Introverts in Love: The Quiet Way to Happily Ever After, Sophia Dembling, suami anda meletak ke tepi kemahuannya semata-mata untuk menggembirakan anda.

 

Foto: Getty

7. Dia mengenepikan gajet

Kita semua bersalah kerana terlalu taksub dengan telefon pintar masing-masing. Tetapi jika suami anda sanggup untuk mengenepikan teknologi bagi meluangkan masa dengan anda, itu bermakna dia masih berminat untuk berhubung dengan anda.

Bagaimanapun, ia tidak bermaksud dia perlu hentikan apa-apa kerja semata-mata untuk berikan anda perhatian. Jangan paksa pula!

8. Dia tahu perkara yang anda tidak gemar, jadi dia akan menjauhinya

Setelah lama dia mengenali anda, pastinya suami anda tahu apa yang anda suka dan tidak suka. Jika dia sayangkan anda, dia akan pandai-pandai menyesuaikan diri.

“Jika dia tahu tiga atau empat perkara yang anda tidak sukai, dia akan tahu apa yang patut dibuat untuk mengelaknya daripada berlaku,” kata Stan.

Anda perlulah juga membalas budinya sebagai terima kasih.

6. Dia cepat menghentikan pertengkaran

Satu lagi cara untuk membuktikan suami anda masih mencintai anda ialah apabila dia membiarkan anda menang dalam sesuatu pergaduhan mulut.

“Dia tidak kisah sama ada dia betul atau tidak kerana dia tahu jika dibiar berpanjangan, pergaduhan ini akan meninggalkan memori hitam bagi masa hadapan anda berdua,” kata Stan.

Foto: Getty

9. Dia tidak pernah mengugut untuk bercerai

Setiap pasangan pasti akan melalui detik hitam yang melibatkan pertengkaran. Jika suami anda pentingkan hubungan anda berdua, dia tidak akan membuat ugutan seolah-olah dia akan menceraikan anda kerana perasaan marahnya yang memuncak.

Sebaliknya anda berdua perlu belajar untuk berkomunikasi mengenai pelbagai isu secara sihat.

10. Dia masih berusaha untuk memberi kejutan kepada anda

Zaman mengurat mungkin sudah tamat bagi anda dan suami, tetapi jika dia masih menunjukkan usaha untuk membuat kejutan dengan perkara yang akan menggembirakan anda, nampaknya dia masih sayangkan anda.

Kejutan ini tidak semestinya mahal. Kadangkala membelikan ais krim dalam perjalanan pulang dari kerja pun sudah cukup bagus.

Apa yang penting ialah dia masih mencari cara untuk memastikan hubungan anda kekal menarik, serta menunjukkan yang dia masih mengingati perkara yang menggembirakan anda.

Sumber: Woman’s Day

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Mon, 1 Apr 2019

Inilah kemahiran yang ‘bapa moden’ perlu ada!

Setakat menghulurkan wang perbelanjaan sahaja tidak cukup!

familuv Wed, 30 Oct 2019

Ketahui tanda anak anda sedang mengalami kemurungan

Jangan abaikan realiti tentang penyakit mental dalam kalangan remaja di Malaysia

familuv Fri, 28 Sep 2018

Tip Menarik Untuk Galakkan Si Manja Anda Minum Air Kosong

Air sangat penting untuk tubuh badan semua!

Cahaya Mata Wed, 11 Jan 2023

Disoal Nama Penuh, Respons Anak Eyra Hazali Buat Netizen Ketawa – “Hayder Qhalish Bin Tak Payah!”

Umum mengetahui, anak sulung kepada pasangan Eyra Hazali dan Muhammad Haziq Nadzli iaitu Hayder Qhalish sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat comel dan bijak. Baru-baru ini, Eyra berkongsi sebuah hantaran di laman Twitter yang memaparkan […]

familuv Tue, 19 Jun 2018

Ikuti Langkah Ini Dan Anak Anda Tidak Perlu Lagi Guna Lampin Pakai Buang

Lebih jimat kalau anak sudah tidak pakai lampin pakai buang lagi. Anda wajib praktik teknik ini!

familuv Mon, 1 Jun 2020
familuv Fri, 10 Aug 2018

Adakah Anda Memiliki 9 Ciri Ini? Jika Ya, Anda Adalah Seorang Supermum!

Supermum ialah seorang wira hebat yang mampu melakukan pelbagai tugas tanpa perasaan bangga mahupun rungutan.

Cahaya Mata Thu, 12 Jan 2023

Baru Berusia 2 Tahun, Netizen Kagum Anak Tomok Pandai Nyanyi Lagu Janji Padamu!

Anak-anak kepada penyanyi dan pelakon Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat comel dan cerdik mereka. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Tomok di platform TikTok […]

familuv Thu, 30 Jun 2022

Beruntung Bilal… Suka Tambah Ilmu, Neelofa Ambil Kelas Untuk Upgrade Cara Jaga & Besarkan Anak

Neelofa ambil banyak kelas untuk perbaiki diri dalam penjagaan anak.

error: Content is protected !!