Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops November 28, 2019 @ 5:16pm

12 panduan asas untuk rebus pasta yang semua orang perlu tahu

Pasta adalah sejenis hidangan Barat yang dianggap mudah dan ringkas untuk dimasak. Contohnya, untuk hidangan spageti Bolognaise, rebus sahaja pasta, sediakan kuah dan kemudian gabungkan kedua-dua elemen ini. Di pasaran kini kuah pasta yang sudah siap dimasak ada banyak dijual. 

Lazimnya, ramai yang akan memberi fokus pada proses membuat kuah pasta memandangkan itulah yang akan menyerlahkan keenakan sesuatu hidangan pasta itu.

Tetapi pada masa yang sama, untuk memastikan masakan yang disediakan itu lebih enak, elemen pasta tidak boleh dipandang ringan kerana pasta tidak boleh terlalu lembik, mahupun terlalu keras.

Tahukah anda cara yang betul untuk memasak pasta yang sempurna? Jika anda tidak pasti, teruskan membaca artikel ini.

Buzzfeed ada berkongsi 12 tip merebus pasta yang anda perlu tahu.

1. Pilih jenis pasta yang sesuai dengan jenis sos yang anda ingin hidang

Sumber: Mariauspenskaya/Getty Images

Penggunaan jenis pasta yang bersesuaian lazimnya bergantung kepada kepekatan sos yang dihidang. Bagi sos cair seperti hidangan aglio e olio, pesto atau sos mentega, guna pasta bersaiz kecil dan panjang seperti spageti, bucatini dan angel hair.

Untuk sos pekat seperti bolognese dan tomato, pasta berbentuk tiub seperti penne, rigatoni dan makaroni lebih sesuai.

2. Jangan masak dua jenis pasta berbeza di dalam periuk yang sama

Sumber: Fotografiabasica/Getty Images

Walaupun ia menjimatkan masa, jangan masak dua pasta berbeza dalam satu periuk. Besar kemungkinan satu daripadanya akan terlebih masak daripada yang satu lagi, walaupun saiz mereka lebih kurang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Teringin nak masak pasta? Resipi Fettuccine Alfredo ini gunakan empat bahan saja!

3. Gunakan periuk besar dengan air yang banyak

Sumber: Mohdfairudz/Getty Images

Bagi setiap 100 gram pasta, gunakan 1 liter air untuk merebusnya. Jika anda guna periuk kecil, pasta anda akan menjadi berkanji dan lekit. Jadi jangan kedekut!

4. Pelajari berapa banyak garam untuk ditambahkan kepada air rebus

Sumber: Vladimir Kokorin/Getty Images

Untuk setiap gelen air (3.8 liter) masukkan satu sudu besar garam. Bunyi macam banyak, tetapi kebanyakannya akan hilang sekali dengan air rebusan yang dibuang kelak.

Jumlah berkenaan penting kerana inilah satu-satunya langkah yang mana anda boleh menambah perisa kepada pasta anda, jadi jangan kedekut.

5. Tunggu hingga air rebus mula mendidih sebelum menambah garam

Sumber: Oskanov/Getty Images

Menambah garam kepada air yang belum panas boleh menyebabkan periuk keluli tahan karat anda berkarat. Jadi tunggu hingga air betul-betul mendidih supaya garam terus larut.

6. Jangan tambah minyak ke dalam air rebus

Sumber: Getty Images

Minyak akan menyelaputi pasta dan menghindari sos daripada melekat padanya. Lagipun, ia bukannya efektif dalam mencegah pasta daripada melekat antara satu sama lain.

7. Sebaik saja pasta dimasukkan, kacau tanpa henti selama dua minit

Sumber: Carpe89/Getty Images

Apabila pasta didedahkan kepada air mendidih, ia akan mengeluarkan kanji. Inilah masanya dalam proses memasak pasta yang akan membuat pasta melekat, justeru disarankan teruskan mengacau pasta berkenaan.

8. Simpan sedikit air rebusan tadi untuk membuatkan sos anda lembut dan melekat pada pasta

Sumber: Getty Images

Air rebusan pasta mengandungi kanji, justeru memasukkan sedikit air rebusan itu ke dalam sos mampu memekatkan sos dan membuatkannya berkilat. Oleh itu apabila anda menapis pasta, simpan secawan atau dua.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasta yang anda mesti tahu masak adalah Spaghetti Bolognese, ini dia resipinya

9. Jangan bilas pasta setelah ia siap direbus

Sumber: Jupiterimages/Getty Images

Tindakan ini akan menghilangkan kanji pada pasta anda. Hanya lakukannya apabila anda ingin pasta anda cepat sejuk, ataupun apabila anda ingin menggoreng pasta berkenaan.

10. Jangan biarkan pasta di dalam tapis setelah menapisnya

Sumber: Shaiith/Getty Images

Jika anda biarkan ia duduk di situ, besar kemungkinan ia akan melekat. Untuk elak perkara ini daripada berlaku, masukkan pasta terus ke dalam sosnya, ataupun gaul dengan sedikit minyak zaitun.

11. Tambahkan pasta ke dalam sos, bukannya sos ke dalam pasta

Sumber: Kritchanut/Getty Images

Jika anda ingin menyedapkan lagi pasta anda, hentikan proses rebusan seminit sebelum siap. Masukkan pasta yang sudah ditapis ke dalam pan dengan sosnya sekali. Masak selama seminit.

Langkah ini akan menggabungkan kedua-dua pasta dan sos dengan baik. Hasilnya adalah rasa dan tekstur pasta yang lazat sekali.

12. Gaul lebihan pasta dengan minyak zaitun supaya ia tidak melekat

Sumber: Rena-marie/Getty Images

Gunakan lebih kurang satu atau dua sudu besar minyak dan digaul dalam pasta yang sudah dibuang air. Bagi memanaskan lebihan pasta yang sudah dicampur dengan sos, campur satu atau dua sudu besar air, atau sos ekstra supaya ia tidak kering sebelum masukkan dimasukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro .

Sudah ingat semua panduan yang dibentangkan di atas? Dengan mempraktikkannya, besar kemungkinan hidangan pasta anda akan rasa lebih sedap selepas ini!

ARTIKEL BERKAITAN: Inilah teknik yang betul untuk menjamah pasta seperti orang Itali

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 22 May 2018

Ingin Nikmati Bufet Ramadan Yang Lazat Dan Berpatutan? Jom Singgah Laman Kayangan Shah Alam

Terdapat 11 gerai kesemuanya bermula dari huruf A hingga J yang menyediakan kepelbagaian menu menarik.

Eat Travel Tue, 31 Jul 2018

Wow! Kini Ada Burger Kangkung Sambal Belacan. Memang Terangkat Habis!

Bagi anda yang ‘hantu pedas’ memang wajib cuba burger ini. Terangkat habis!

Eat Travel Sat, 21 Jul 2018

Ayam Goreng Korea Ini Memang Lazat Hingga Menjilat Jari! Ini Resipinya

Anda gerenti akan terliur. Makan satu saja tak cukup!

Eat Travel Thu, 6 Feb 2020

Rahsia masakan bersantan lambat basi

Panduan yang sangat berguna!

Eat Travel Thu, 11 Jul 2019
Eat Travel Wed, 24 Jul 2019

Pernah tak anda makan pulut mangga, tetapi dalam versi bebola goreng?

Sentuhan unik ini pasti memikat! Jom cuba buat.

Eat Travel Tue, 25 Sep 2018
Eat Travel Wed, 20 Jun 2018

Resipi Mudah Mac & Cheese Ini Gunakan 3 Bahan Saja Tapi Hasilnya Gerenti Menyelerakan!

Cuba bayangkan anda makan mac & cheese panas-panas… fuuuh!

Eat Travel Sun, 18 Nov 2018

MAPS Ipoh, Destinasi Percutian Ideal Buat Keluarga Untuk Musim Cuti Sekolah Ini

Terdapat 6 zon yang menjanjikan keseronokan buat anak-anak!

Eat Travel Tue, 7 May 2019

Berbuka sambil menderma dengan NY Steak Shack Share The Love Campaign

RM5 akan disalurkan dengan setiap pembelian menu istimewa pada bulan Ramadan ini.

error: Content is protected !!