Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 2, 2024 @ 3:39am

14 Tahun Olah Plot & Skrip, Akhirnya Filem Tegkang Ke Layar Perak… Budaya Masyarakat Kelabit Serta Keindahan Alam Jadi Tarikan

Mula ditayangkan pada 28 November lalu, filem Tegkang menjadi antara naskhah yang mengangkat tema tentang budaya sesebuah masyarakat.

Karya ini mempersembahkan sebuah jalan cerita yang bukan sahaja bertemakan cinta, malah tutut memaparkan budaya masyarakat Kelabit dan keindahan sebuah tempat bernama Bario yang terletak di negeri Sarawak.

Pengarah Tegkang, Josh Nawan berkata, pemilihan Bario sebagai lokasi untuk filem berkenaan dibuat setelah melihat tarikan di kawasan berkenaan.

“Mungkin tidak ramai pernah datang ke Bario, sedangkan ia adalah sebuah tempat yang menarik dengan keindahan semula jadi yang boleh menjadi tumpuan pelancong.

“Selain itu, komuniti di sana iaitu kaum kelabit juga sangat unik dengan budaya yang tersendiri. Jadi, Tegkang menjanjikan sebuah naskhah yang mempunya tarikan tersendiri untuk ditonton,” ujarnya.

Josh berkata, selain menampilkan Syafie Naswip dan Michelle Lungan sebagai pelakon utama, filem tersebut rata-ratanya juga menampilkan pelakon-pelakon dari kaum Kelabit serta 99 peratus penggambaran dilakukan di Bario.

Tegkang mengisahkan tentang hubungan antara seorang pelancong, Hanafi (Syafie) dengan seorang gadis tempatan iaitu Rinai (Michelle).

Namun begitu, kehadiran Hanafi ternyata telah mengubah kehidupan Rinai, yang akan mengakibatkan sebuah rahsia lama yang tersimpan akhirnya terbongkar.

Selain Syafie dan Michelle, Tegkang turut dibarisi pelakon-pelakon tempatan seperti Hezekiah Asim, Pun Ratu Aran dan Lian Tarawe.

Pada masa sama, Josh yang juga selaku penulis skrip untuk Tegkang menyatakan jalan cerita dalam filem berkenaan adalah inspirasi daripada kehidupannya sendiri.

“Skrip filem ini saya mula hasilkan sejak tahun 2010 dan selepas 14 tahun, barulah ia dapat diterjemahkan kepada sebuah filem.

“Sebenarnya, Tegkang adalah inspirasi daripada kisah kehidupan saya sendiri yang membesar di rumah panjang. Kisahnya berkait rapat dengan datuk saudara saya,” jelasnya.

Sementara itu, Jason Chong selaku Penerbit Eksekutif pula mengakui pihak produksi berhadapan dengan pelbagai cabaran ketika menghasilkan filem Tegkang.

“Pada mula memang rasa susah sebab lokasinya yang agak jauh, perbezaan bahasa serta nak memahami budaya setempat itu sendiri.

“Apapun sebaik sahaja selesai dan menontonnya di skrin pawagam, kami rasa bangga dengan filem ini. Termasuk dengan semua barisan pelakon yang banyak memberikan kerjasama yang baik,” ujarnya.

Diterbitkan oleh syarikat MyContent Distribution Sdn. Bhd, filem Tegkang akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 28 November ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 1 Nov 2022
Featured Mon, 19 Jul 2021

Dilarang Ziarah Hari Raya Aidiladha, Polis Akan Periksa Rumah

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini memaklumkan akan membuat pemeriksaan secara rawak di beberapa buah perumahan bagi memastikan tiada sebarang aktiviti ziarah menziarahi sempena Hari Raya Aidiladha. Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) […]

Trending Sun, 19 Aug 2018

Kofi Annan Meninggal Dunia Di Geneva

Annan, seorang anak kelahiran Ghana, berkhidmat sebagai Setiausaha Agung PBB yang ketujuh dari tahun Januari 1997 hingga Disember 2006.

Events Tue, 15 Jan 2019

Hangatkan Prelude AJL33 Di KL Live!

AJL33 lebih hangat dari biasa!

Hiburan Mon, 21 Oct 2019
Hiburan Sat, 19 May 2018

Selalu Dating, Rahsia Bahagia Justin Timberlake Dan Isteri

Nak tahu rahsia mereka kenalah baca entri nie..

error: Content is protected !!