Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 28, 2023 @ 8:02pm

200 Koleksi Mega Busana Disimpan Rapi, Aina Abdul Berniat Nak Buka Galeri – “Semua Saya Tak Basuh Sebab Ada Nilai Sentimental” 

Penyanyi, Aina Abdul meluahkan hasratnya untuk membuka sebuah galeri yang mempamerkan setiap busana-busana pernah diperagakan sepanjang berkecimpung dalam industri seni hiburan.

Jelas pelantun lagu popular Terus Hidup ini, dia kini sudah mempunyai busana melebihi 200 pakaian hasil rekaan pereka fesyen terkenal antaranya seperti Melinda Looi .

Aina turut berkata setiap busananya itu tidak dibasuh atau diperbaiki kerana mahu meninggalkan kenangan manis serta masih berada dalam keadaan seperti mana selepas kali terakhir dia memakainya.

“Ada sebahagiannya dalam simpanan penata gaya, Abu dan ada sebahagiannya lagi dalam simpanan saya. Secara keseluruhannya semua pakaian yang kami letakkan di Axiata Arena tempoh hari, ada lebih 100 pasang.

“Itu pun tak semua dimasukkan sebab ada lebih dari itu. Rasanya, saya dah ada lebih 200 pasang semuanya. Ada yang ikonik.

“Contohnya yang saya pakai di AJL (Anugerah Juara Lagu) dan ABPBH (Anugerah Bintang Popular BH) memang tak diperbaiki. Macam mana saya pakai, macam mana saya tinggalkan baju itu, macam itulah keadaannya,” katanya.

Aina Abdul

Sementara itu, pemilik lagu Sepi ini juga berkata dia tidak akan menjual busana-busana tersebut dan berhasrat akan mempamerkan lebih 200 pakaiannya itu di galeri ‘Aina Abdul’.

“Satu hari nanti, saya nak ada galeri sendiri sebab saya pun dah berhabis ribuan Ringgit untuk pakaian-pakaian itu. Jadi, mungkin boleh lakukan sesuatu yang menarik.

“Saya takkan jual sebab itu adalah kenangan dan pakaian itu semuanya tak dicuci. Nak tinggalkan nilai sentimental kepada pakaian itu. Bagi saya, semua itu ‘hidup’.

“Semua koleksi itu adalah dari awal kemunculan saya yang ‘pelik-pelik’ termasuklah gaun ‘darah’ di AJL 35 menerusi lagu Semalam,” ujarnya lagi.

Aina Abdul

Aina berkata demikian ketika ditemui di majlis Sidang Media A Night With Aina Abdul Live In Singapore di Menara Kuala Lumpur, semalam.

Bertempat di The Theatre at Mediacorp yang memuatkan 1,800 kapasiti penonton, Aina akan beraksi dalam Konsert A Night With Aina Abdul Live in Singapura pada 6 Januari 2024.

Konsert yang dianjurkan oleh Neptune Presents dan Aina Abdul Entertainment ini akan mempersembahkan sebanyak 26 rangkaian lagu hits dalam konsert yang akan berlangsung selama 2 jam 30 minit itu.

Tiket konsert akan mula dijual bermula 29 November 2023 dengan harga dari 88 SGD sehinga 258 SGD menerusi www.ainaabdul.my

Artikel Berkaitan: 30% Set List Lagu Akan Berbeza Dari ANWAA 3.0, Konsert A Night With Aina Abdul Singapura Lebih Mencabar

Artikel Berkaitan: Aina Abdul Berhabis RM400,000 Untuk Busana, Azhar Sulaiman Persoal Pendapatan Penyanyi Masa Kini – “Singers Are Making Serious Money Ke?”

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Setuju Kalau Kita Nak Samakan Konsert Aina Abdul Dengan Coldplay” – Lah Ahmad

Artikel Berkaitan: Aina Abdul Perjelas Spekulasi Kos Busana ABPBH 35 Didakwa Bernilai RM50,000

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Feb 2026

“Orang Banyak Cakap Biasanya Kosong” – Risteena Kongsi Pendapat Di Threads, Tapi Lain Pula Telahan

Netizen mempersoalkan sama ada ciapan itu mempunyai kaitan dengan kenyataan suaminya, pelakon Isa Khan

Hiburan Sat, 5 Aug 2023
Filem Fri, 23 Feb 2024
Hiburan Fri, 16 Aug 2019

Fiza Halim Mengamuk Di IG?

Sabarlah ya Fiza…

Hiburan Thu, 2 Aug 2018

Vivy Yusof Kecewa Ramai Sarung Tudung Jenama Tiruan?

Nampaknya isu penggunaan barang tiruan terus hangat diperkatakan di laman sosial. Persoalannya, adakah anda bersetuju dengan kenyataan di atas, tepuk dada tanya selera okay?

Trending Sun, 22 Nov 2020

10 Tahun Menyepi, Malique Cetus Kejutan Dengan “Dipinggirkan”

Penyanyi rap Siqma berjaya mencuri perhatian pendengar muzik tempatan sehingga diberi jolokan ‘The New Malique’ oleh peminat selepas kemunculan lagu Cemas dan Salam 1001. Apatah lagi selepas Siqma muncul dengan single ketiganya ‘Raja Simurgh’ pada […]

error: Content is protected !!